33.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

Tiga Hari Terperangkap Dalam Teksi Jatuh Gaung

teksi-jatuh-gaung-pemandu-dijumpai-selepas-3hari 3

KLUANG – Selama tiga hari, Johar Kasim, 68, tidak tahu apakah nasib yang bakal menimpanya apabila teksi yang dipandunya terjatuh kedalam gaung sedalam 4.6 meter.

Dalam kejadian yang berlaku pada awal minggu ini, pemandu teksi itu mengundur teksinya di satu jalan yang sempit dan malang menimpa apabila teksi tersebut tiba-tiba jatuh ke dalam gaung tersebut.
Lebih teruk lagi, Proton Saganya itu jatuh menghempas pokok-pokok sebelum jatuh menjunam ke dasar gaung tersebut. Kejadian menyebabkan kaki kanan Johar cedera dan dia tidak mampu memanjat keluar dari gaung tersebut.
Selama dua malam, Johar yang terperangkap di dalam teksi itu terpaksa bergantung kepada air hujan yang turun untuk diminum bagi meneruskan hidup.
Johar kemudian diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini menggunakan kren pada jam 4.03 petang tadi hasil maklumat orang awam.
Komander Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Akob Sedek berkata enam anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan menemui Johar dalam keadaan lemah dan kelaparan.
Kaki kanan mangsa cedera. Dia memberitahu kami dia mengundurkan teksinya (sebuah Proton Saga) sebelum kenderaannya itu terjunam ke dalam gaung.
Teksi milik Johar tidak dilengkapi dengan radio. Telefon bimbit milik mangsa juga dikatakan terjatuh ketika kejadian dan menyebabkan beliau sukar meminta bantuan.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, disini.
Gaung itu tidak begitu dalam, tetapi kerana kecederaan, dia tidak dapat memanjat keluar,” tambah Akob.
 
 

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

[Video] GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Kota Kinabalu – Gerakan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju dengan sebulat suara untuk mencalonkan Datuk Hajiji...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan