80% Bahagian Bersatu di Selangor akan keluar parti - pakdin.my

KUALA SELANGOR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli tidak menolak kemungkinan wujudnya gelombang keluar parti beramai-ramai daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Selangor akan bermula hari ini.

Bekas Ketua Bahagian Bersatu Kuala Selangor itu menganggarkan sekurang-kurangnya 80 peratus dari 22 Bahagian di Selangor akan bertindak keluar parti dan membubarkan bahagian masing-masing.

“Atas perbincangan saya dengan rakan-rakan daripada bahagian-bahagian lain boleh dikatakan mulai hari ini lebih kurang 80 peratus daripada 22 bahagian boleh terbubar.

“Ini kerana ketua cawangan mahupun jawatankuasa bahagian akan bertindak keluar parti, maka secara automatik bahagian itu terbubar sendiri,” katanya pada sidang media di pejabat di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama jawatankuasa bahagian, 13 cawangan serta lebih 2,000 ahli Bersatu di Kuala Selangor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Dalam pada itu, langkah keluar parti dan pembubaran Bersatu Bahagian Kuala Selangor itu juga akan diikuti kawasan lain pada petang ini di Klang.

“Mereka ada maklum kepada saya begitu juga petang ini pun Bahagian Klang akan membuat sidang media untuk bubarkan bahagian

“Malah esok pun ada dan ia akan berterusan (di Selangor).

UTAMAPOLITIK80% Bahagian Bersatu di Selangor akan keluar parti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium