UtamaNASIONALAdun Sri Muda Kekal...

Adun Sri Muda Kekal Penghasut – Mahkamah Tinggi - pakdin.my

Adun Sri Muda
Adun Sri Muda

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat menolak permohonan Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Muda Shuhaimi Shafiei untuk mengenepikan pertuduhan ke atas beliau di bawah Akta Hasutan.

Hakim Noor Azian Shaari juga menolak permohonan Shuhaimi untuk mendapatkan perintah pengisytiharan daripada mahkamah bahawa Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah kerana tidak selari dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Semasa membacakan keputusannya, beliau berkata pemohon sepatutnya memohon perintah deklarasi di Mahkamah Tinggi Sivil dan kalau berjaya memohon supaya pendakwaan jenayah yang dibuat ke atasnya di Mahkamah Sesyen ditolak.

Beliau berkata permohonan Shuhaimi tidak teratur dan boleh ditolak tanpa menimbangkan isu ultra vires tetapi isu ultra vires di antara Seksyen 4 Akta Hasutan dan Perlembagaan diambil kira juga.

Pemohon menyatakan Seksyen 4 Akta Hasutan tidak sah kerana tidak selari dengah Perkara 10 Perlembagaan tetapi harus diteliti sama ada seksyen itu menghalang hak bersuara rakyat Malaysia dan bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan, katanya.

Noor Azian berkata: “Pertama Akta Hasutan dibuat di bawah payung Perkara 10 (2) Perlembagaan, jadi ia teratur.”

Pemohon juga berkata Seksyen 4 Akta Hasutan adalah tidak selari dengan Perlembagaan kerana ia mengandungi perkataan kecenderungan menghasut yang begitu luas.

Bagaimanapun, Noor Azian berkata ini tidak benar kerana Seksyen 3 Akta yang sama ada menyenaraikan apa yang dikatakan sebagai kecenderungan menghasut dan apa yang bukan.

“Adalah didapati tidak ada apa unsur ‘unreasonable’ atau tidak munasabah berkenaan Seksyen 4 Akta Hasutan. Di mana-mana pendakwaan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan bolehlah dihujahkan sama ada apa yang dilakukan oleh orang kena tuduh mempunyai seditious tendency or not,” katanya.

Pihak pemohon hari ini diwakili oleh Edmond Bon manakala pihak responden diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin.

Shuhaimi memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April lepas melalui Tetuan Kanesalingam & Co.

Pada 7 Februari lepas, Shuhaimi mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerbitkan artikel bertajuk ‘Pandangan saya berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959’ yang dikatakan mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://srimuda.blogspot.com di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning di sini, 30 Disember lepas.

Shuhaimi didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan di blognya yang dikatakan mempertikai keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha kerajaan Selangor yang baru.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s