BEERSIH 2.0 – 91 Individu Dilarang Masuk KL - pakdin.my

 

Senarai nama individu yang dilarang memasuki Kawasan tertentu di Kuala Lumpur

Datuk S. Ambiga, Khairy Jamaluddin dan Datuk Ibrahim Ali, dikenakan larangan daripada memasuki beberapa kawasan sekitar ibu negara, Sabtu ini.

Tiga nama terbabit adalah antara 91 individu yang dikenakan tindakan sama, selepas polis memperolehi perintah mahkamah mengikut Seksyen 98 Kanun Prosuder Jenayah.

Kedegilan daripada mematuhi perintah itu akan menyebabkan mereka boleh ditangkap mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

DATUK AMAR SINGH ISHAR SINGH / PEMANGKU KETUA POLIS KUALA LUMPUR
Kami akan mengedarkan satu per satu pada masa serentak kepada setiap satu 91 penama mengikut alamat yang diberikan.

Antara kawasan yang dilarang dimasuki penama-penama berkenaan termasuk beberapa pemimpin pembangkang, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi dan Jalan Sultan Ismail.

———————————–

Perintah Mahkamah: Khairy, Ibrahim Ali & Ambiga Antara Yang Dilarang Masuki KL Sabtu Ini

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur memperoleh perintah daripada mahkamah untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada Sabtu ini.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut daripada Perkasa, Bersih 2.0 dan Patriot supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

“Mereka boleh ditahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana tidak mematuhi perintah mahkamah yang boleh membawa kepada hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya di sini, Khamis.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Manakala 14 orang daripada Perkasa pula termasuk Presidennya, Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya iaitu Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang pemimpin Pemuda Umno yang merancang menganjurkan perhimpunan Patriot termasuk ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - 91 Individu Dilarang Masuk KL

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium