Abdullah Fadzil Che Wan, Bekas timbalan menteri ditemui selamat - pakdin.my

LALUAN masuk ke kediaman Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan di Jalan Tiajani 2, Bukit Tunku.

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan, yang dilaporkan hilang di Bukit Tunku di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi ditemui selamat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy yang mengesahkan perkara itu berkata, Abdullah Fadzil ditemui oleh anak perempuannya di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail pada jam 7.45 malam tadi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Terdahulu, Isterinya, Datin Seri Sharifah Shahrul Bariah Al- Yahya, 58, ketika dihubungi pada jam 10 malam, berkata suaminya disedari hilang oleh ahli keluarga pada jam 11 pagi selepas beliau didapati keluar dari rumah berkenaan.

Ketika keluar, beliau memakai kemeja hitam, seluar senam dan kasut kulit berwarna coklat.

UTAMABERITAAbdullah Fadzil Che Wan, Bekas timbalan menteri ditemui selamat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium