ADUN Simpang Pulai Diarah Keluar Dewan Kerana Menimbulkan Kekecohan - pakdin.my

ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai diarahkan keluar dewan apabila beliau bertindak naik ke podium Speaker apabila empat soalannya ditolak oleh sidang dewan pada hari terakhir Mesyuarat Pertama penggal kelima Dewan Negeri ke-12 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

IPOH,  — Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Isnin ‘panas’ apabila Anggota Dewan Undangan Negeri Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) menimbulkan kekecohan sehingga diarahkan keluar dewan.

Kekecohan berlaku sebelum sesi soal jawab bermula apabila Chan tiba-tiba bangun dan meminta penjelasan dan menyatakan ketidakpuasan hati beliau berikutan soalan bertulis yang dikemukakannya tidak dijawab sepenuhnya oleh Exco berkaitan.

Menjelaskan perkara itu, Speaker R. Ganesan berkata setiap soalan yang dikemukakan mestilah relevan.

“Soalan yang diberikan adalah diambil kira mengikut Perintah Tetap 23 (1)(a) yang mana nama tidak boleh dimasukkan di dalam soalan dan kenyataan (soalan) itu tidak perlu dijawab,” katanya pada sesi persidangan pada Isnin.

UTAMABERITAADUN Simpang Pulai Diarah Keluar Dewan Kerana Menimbulkan Kekecohan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium