[Video] Philip Among didakwa cabul Unduk Ngadau ditahan ketika sidang media

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

10 preman pemeras sopir truk pasar Tanah Abang diamankan

Modusnya mereka menghalangi truk barang yang mau keluar pasar Jakarta...

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

KOTA KINABALU: Seorang ahli politik Sabah yang didakwa mencabul seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, ditahan polis hari ini.

Lelaki terbabit ditahan selepas membuat sidang media berhubung dakwaan berkenaan di pejabatnya di Asia City, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Difahamkan, sidang media dibuat berhubung tindakan mahkamah yang akan diambil terhadap dua individu dan sebuah laman blog.

Ia dipercayai berkaitan video yang disiarkan menunjukkan beliau berselisih faham dengan pengawal keselamatan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Penampang, bulan lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, suspek, Philip Among pemimpin parti STAR sudah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini

Sementara itu, Hazani berkata, peserta Unduk Ngadau yang menjadi mangsa kejadian ini sudah dipanggil untuk hadir rakaman keterangannya, hari ini.

Katanya, wanita berusia 20-an itu dipanggil bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Sebelum ini, Hazani menegaskan polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan seorang peserta Unduk Ngadau peringkat negeri yang mendakwa dicabul seorang ahli jawatankuasa penganjur pertandingan itu.

Katanya, hasil siasatan berhubung perkara itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Berdasarkan salinan laporan polis bertarikh 21 Mei lalu yang tersebar di media sosial, peserta Unduk Ngadau terbabit mendakwa diraba di paha, tangan, leher dan belakangnya dalam sebuah kereta ketika mengikut suspek keluar makan malam di Kota Kinabalu,” katanya.


“Saya yang berkuasa. Siapa yang berani tegur saya tidak pakai tag dan mask, saya tidak perlu anggota security ini. Saya ada security sendiri. Saya ada bounzer 30 orang. Saya yang bayar gaji kamu,” kata orang kuat Jeffrey Kitingan itu terhadap anggota keselamatan tersebut..

BACA juga:

Leave a Reply