25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Al Fatihah – Datuk Awang Jabar, Bekas SU Parlimen Kementerian Belia dan Sukan Maut Kemalangan

Bekas setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan Datuk Awang Jabar, 66, meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM26 jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tumang, Marang, Selasa.

Dalam kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, kereta yang dipandu pemandu bekas setiausaha Parlimen itu bertembung dengan sebuah kereta lain yang dikatakan terbabas ketika mengambil selekoh di jalan berkenaan.

Bekas timbalan menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar berkata ketika kejadian Allahyarham dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Dungun untuk menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu pagi ini.

“Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan teruk di bahagian tengkuk manakala pemandunya hanya cedera ringan,” katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Alias Hashim yang ditemui di tempat kejadian berkata kemalangan yang melibatkan Mercedes yang dinaiki Allahyarham serta Perodua Alza yang dinaiki enam rakyat Yaman itu, turut mengorbankan seorang wanita rakyat negara itu, manakala lima yang lain cedera.

“Seorang daripada penumpang kereta itu dikenali sebagai Nesma Nabil Abdul Karim Al-Saiban, 25, maut manakala yang lain cedera dan dirawat di HSNZ,” katanya.

Beliau berkata, Perodua Alza yang dinaiki enam rakyat Yaman itu dalam perjalanan dari Dungun menghala ke Kuala Terengganu dikatakan gagal dikawal menyebabkannya terbabas ketika melalui selekoh lalu bertembung dengan kereta mangsa.

Allahyarham Awang merupakan bekas anggota Parlimen Dungun selama empat penggal sejak tahun 1978 hingga 1990 dan menjadi wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada 1995.

Allahyarham ialah Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Biro Pemantau Umno Terengganu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Tekukur dan disembahyangkan di Masjid Al Muktafibillah Shah di sini sebelum dikebumikan selepas solat Zohor di tanah perkuburan Islam Sheikh Ibrahim.Timbalan Perdana Menteri dijangka menziarah jenazah Allahyarham di kediamannya.


Awang Jabar Maut Kemalangan

Tokoh veteran UMNO Terenggau, Datuk Awang Jabar meninggal dunia selepas satu kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, pagi tadi.

Turut maut dalam nahas itu, seorang pelancong wanita warga Yaman.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7:10 pagi tadi di Kilometer 26, Kampung Alur Tuman, Marang.

Kereta Datuk Awang dan pemandunya, Abdul Razak Awang bertembung sebuah kenderaan pelbagai guna, MPV dengan enam pelancong Yaman dari arah Kuantan.

Pelancong yang maut, Nesma Nabil Abdul Kadir Al-Jabar.

Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu Datuk Awang dan lima pelancong lain cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Jenazah mangsa kini ditempatkan di rumah mayat hospital berkenaan.

Allahyarham adalah Pegawai Khas Agama Menteri Besar.

Ketika kejadian, Allahyarham yang juga bekas Ahli Parlimen Dungun dan ADUN Bukit Besi dalam perjalanan menghadiri majlis Timbalan Perdana Menteri bersama pemimpin di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan