28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

Anak Muda Tidak Sokong Agenda Peribadi Mahathir Dan DAP #KelentongBasi

Pada perhimpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi Sabtu lepas, kelibat anak muda memang tidak kelihatan sepanjang perhimpunan berlangsung iaitu bermula pada pukul 4 petang hingga hampir tengah malam.

Pentas jam 4 petang memang dibuat khusus oleh pengajur demo untuk anak anak muda. Waktu Nik Nazmi, Ketua Angkatan Muda Keadilan, AMK berucap pada petang itu, tidak ada seorang pun yang mahu berada dekat dengan pentas.

Ramai yang sembunyi bawah pokok yang redup dan berada sekitar bahagian hadapan Kelab Rekreasi dan Sukan Petaling Jaya dan bukannya di depan pentas ketika pemimpin muda PKR dan PPBM berucap.

Terpaksalah Nik Nazmi bercakap “saya tahu keadaan panas tetapi tuan tuan kena depan sikit. Duduk jauh begini seolah olah ada jurang antara kita”.

Waktu Syed Saddiq berucap, langsung tiada orang sorak dan tepuk. Syed Saddiq macam syok sendiri sahaja masa berucap itu.

Anak-anak muda sudah tunjuk mereka tidak mahu sokong lagi agenda peribadi Pengerusi PPBM, Mahathir dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Mereka sudah tahu siapa yang lebih korupsi dan mengamalkan kleptokrasi.

Orang jual baju pun tidak laku. Ada seorang peniaga baju T untuk perhimpunan itu merungut sepanjang perhimpunan itu hendak jual 25 helai pun susah. Biasanya dalam perhimpunan berkenaan, baju T akan laku dibeli oleh orang muda yang hadir kerana dijadikan koleksi, selain bukti mereka hadir.

“Saya hanya jual baju T saiz L dan XL, orang perut buncit, ke mana anak muda? katanya. Anak muda lebih suka habiskan masa hujung minggu pergi Hari Sukan Negara atau layan bolasepak Liverpool lawan Manchester United.

Aktiviti itu lebih “chill” bagi anak muda berbanding layan ceramah pemimpin pemimpin tua pembangkang di atas pentas. Hanya “recyle” tuduhan yang sama, yang sudah pun dijawab.

Orang hendak tahu sekarang mana hilang RM32 billion masa zaman Mahathir dulu. Orang juga hendak tahu hal derma RM1 billion Mahathir pada DAP. Dua perkara ini masih disembunyi, jawapan tidak diberi. Inilah kleptokrasi.

Selain itu, di restoran makanan segera A&W berdekatan, ketika perhimpunan itu hanya terdapat ramai golongan warga emas dan pertengahan sahaja yang datang makan dan berehat sementara.

Anak anak muda melihat pembangkang yang ada di Malaysia pada hari ini bukan lagi bersifat pembangkang. Mereka sudah pun jadi “mainstream” dan menjadi kerajaan di dua negeri.

Bila sudah jadi kerajaan, apa yang PKR dan DAP sudah beri pada anak muda? Banyak berjanji, namun bila sudah berkuasa apa pun tidak diberi. Ini yang anak muda benci.

Tidak lagi kelihatan kelibat anak anak muda dari universiti yang selama ini memeriahkan demo pembangkang. Biarpun jaraknya dekat dengan Universiti Malaya, namun tiada kelibat anak muda dari IPT itu, setelah AUKU membenarkan mahasiswa untuk berpolitik.

Tiada lagi wajah anak anak muda dalam demonstrasi pembangkang. Di universiti pun, dalam pilihanraya kampus baru baru ini, kumpulan pro pembangkang tumpas teruk di tangan kumpulan pro aspirasi.

Ramai anak muda sudah mulai sedar. Tidak seperti pada zaman reformasi dulu. Mereka yang muda pada zaman reformasi dulu kini menasihatkan balik budak budak yang “baru hendak up” tentang apa yang mereka kena tipu dulu.

Dulu diajak lawan Mahathir bagi pihak peliwat, sekarang mahu diajak berdemonstrasi bagi pihak Mahathir yang sudah berganding bahu dengan peliwat.

Sampai buat solat hajat sekarang untuk bebaskan peliwat. Buat apa anak muda hendak sokong lagi? Ini agenda peribadi semata mata.

Kit Siang berjuang untuk anak dia. Mahathir pun sama untuk anak dan kroni dia. Dulu kata hendak jaga cucu, sekarang tengah malam pun masih hendak ceramah demi anak dan cucu dia.

Hanya orang yang taksub sahaja tidak nampak agenda peribadi Mahathir dan DAP ini. Anak muda yang waras tidak peduli lagi agenda peribadi. Kleptokrasi apa kalau yang berceramah itu penuh dengan agenda peribadi.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...