28.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Anwar Abai Rukun Negara, Patuh Ikrar Royalti


….

Dalam majlis Ceramah Mega Sempena Konvoi ROYALTI Ke Putrajaya yang di adakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa malam lepas, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dilihat turut mengangkat tangan ketika ikrar menyokong tuntutan royalti minyak untuk Kelantan dibacakan.

Majlis tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI), sebuah NGO proksi PAS yang baru 4 bulan ditubuhkan khusus untuk menyokong usaha propaganda PAS dalam memanipulasi sentimen kenegerian dikalangan rakyat Kelantan.

Bagaimanapun sasaran penganjur yang mahu melihat lokasi ceramah dipenuhi lebih 20,000 hadirin nyata tak kesampaian apabila majlis tersebut hanya menarik perhatian sekitar 2,000 orang sahaja.

Anwar dan pimpinan utama PR yang hadir selaku tetamu khas di majlis itu, selain menyampaikan ucapan, mereka juga turut sama melafazkan ikrar sokongan dengan suara lantang tanda penghormatan selain menunjukkan iltizam mereka untuk merealisasikannya.

Suasana itu tampak jauh berbeza ketika Anwar menghadiri sambutan malam kemerdekaan ke-55 selaku tetamu khas majlis anjuran kerajaan negeri Selangor tempohari. Ada kontradiks dan keraguan timbul bila dibandingkan dengan majlis anjuran Royalti.

Anwar tidak angkat tangan ketika ikrar dibacakan dalam majlis meraikan hari kemerdekaan di Selangor

Malam itu, tika ikrar Rukun Negara dilafazkan dan para pemimpin PR serta hadirin yang lain mengangkat tangan sambil mengikuti bacaan ikrar, Anwar pula bukan sahaja diam membisu malah untuk mengangkat tangan tanda menghormati Rukun Negara pun tak terdaya dilakukannya.

Khalayak umum melihat ketidak patuhan Anwar pada malam itu seperti sengaja mahu mengabaikan penghormatannya kepada Rukun Negara yang telah menjadi kunci kesejahteraan rakyat sejak ia diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970.

Seakan bacaan Rukun Negara begitu asing bagi Anwar, sedangkan umum mengetahui sebagai rakyat Malaysia wajib bagi kita menghormati Rukun Negara yang mengandungi 5 prinsip asas tersebut dan adalah satu kewajipan untuk kita mengangkat tangan semasa ianya dibacakan.

Hanya Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan dan Raja-Raja Melayu sahaja yang terkecuali dari mengangkat tangan semasa ikrar Rukun Negara dilafazkan kerana satu daripada prinsip Rukun Negara itu turut merujuk pada kedudukan baginda sendiri. Dan Anwar bukannya seorang Raja atau Sultan, hatta darah keturunan raja pun tiada.

Anwar kelihatan senang hati patuh menghormati ikrar royalti dengan bangga tangan diangkat setinggi-tingginya, malah sewaktu acara memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh Beng Hock dulu pun Anwar tertunduk-tunduk hormat tanpa terdetik olehnya perasaan was-was dari segi akidah keIslaman, apakah pula yang menghalang Anwar dari menghormati Rukun Negara?

Atau sememangnya Anwar terasa janggal dan kekok untuk menghormatinya kerana 5 prinsip Rukun Negara itu, yakni “Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan”, agak tidak cocok dengan aliran dan pembawaan politik luar tabienya?

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Bagaimanapun,...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman yang dikemukakan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berhubung pengampunan...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga di sini, hari ini. Pesawat terbabit dipercayai berlegar di udara kawasan...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti mana PRU14. Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan bagaimanapun...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham di Taman Berjaya, Gombak, disita oleh...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari RM250 kepada RM300 sebulan didakwa ada kaitan dengan kempen Pilihan...

Komen

..

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

SPRM siasat kes beli undi awal #PRNSabah

KOTA KINABALU: Dua anggota keselamatan diberkas di Lahad Datu semalam selepas dipercayai membawa sejumlah wang, disyaki untuk membeli undi bagi sebuah parti politik. Sumber memaklumkan...

[Video] Shafie mengaku lantik keluarga, ‘orang semporna’ dalam jabatan, GLC #PRNSabah

"Unity" apa yang Warisan Plus laungkan jika Shafie sendiri mengaku melantik orang dia mengikut kaum ke jawatan-jawatan paling penting Sabah? "Sabah for Sabahans" atau "Sabah...

[Video] Pengundian awal #PRNSabah

Suasana hari pengundian awal di Mes Pegawai Kanan PDRM di Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah yang dilangsungkan dalam keadaan mematuhi norma baharu atau SOP ditetapkan #PRNSabah #RaduTatapRadu #RaduSampaiRata #UndiBN https://youtu.be/hP-TkBhUQPk  

#PRNSabah: Pengundian awal bermula

KOTA KINABALU: Tepat jam 8 pagi tadi, sebanyak 55 pusat pengundian dibuka bagi 16,877 pengundi awal menjalankan tanggungjawab. Daripada jumlah itu, seramai 7,487 anggota tentera...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...