Anwar Ditegur Kelirukan Dewan Rakyat - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim ditegur kerana cuba mengelirukan Dewan Rakyat apabila mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempedulikan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen(PSC) bagi penambahbaikan sistem pilihan raya.

Malah Ketua Pembangkang itu turut dibidas beberapa wakil rakyat Barisan Nasioanl (BN) apabila secara berterusan mengeluarkan beberapa fakta yang menurut mereka tidak tepat termasuk berkaitan jumlah pengundi ragu dalam daftar pemilih SPR.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 di peringkat Jawatankuasa, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (BN-Kota Marudu) mencelah menegur kenyataan Anwar yang berterusanmenyalahkan SPR.

“Apa yang disampaikan itu (merujuk kenyataan Anwar) sebenarnya ialah laporan pertama interim itu telah pun dianalisa dan dipersetujui oleh SPR. Tidak kurang empat atau lima (cadangan) telah diambil tindakanseperti dakwat kekal, pengundian awal serta tiada lagi bantahan ketika proses penamaan calon ketika kertas diserahkan kepada pegawai pilihan raya.

“Memang ada yang telah diambil tindakan, jadi kalau kita katakan (tidak diendahkan) tidak tepat. Tapi memang harapan kita lebih banyak yang mereka akan ambil tindakan,” katanya ketika mencelah perbahasanAnwar.

Mendengar penjelasan Ongkili yang juga Pengerusi PSC, Anwar akhirnya mengakui teguran yang diberikan.

“Saya terima baik penjelasan itu kerana apa yang disebut menjawab pertimbangan saya.

“Saya tak nafikan beberapa pertimbangan kecil diambil kira,” katanya.

Terdahulu ketika membahaskan rang undang-undang tersebut, Anwar mendakwa SPR tidak bertanggungjawab dalam usaha menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.

Malah beliau turut membantah keras tindakan SPR yang didakwanya tidak serius memastikan sistem pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan bersih dan telus.

“SPR tak pandang serius laporan PSC dan nampaknya pilihan raya yang bakal diadakan dalam masa singkat ini tidak mempedulikan suara yang dikemukakan.

“Sekurang-kurang isu penting yang dikemukakan oleh PSC yang dipengerusikan menteri (Ongkili) diberi perhatian. Saya ingin membantah keras sikap SPR yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Sebelum ini SPR bersetuju melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dikemukakan PSC pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Bagaimanapun SPR masih belum memberi sebarang pendirian terhadap 22 cadangan yang dikemukakan PSC menerusi laporan akhir yang dibentangkan di Dewan Rakyat awal bulan lalu.

UTAMAPOLITIKAnwar Ditegur Kelirukan Dewan Rakyat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium