Apa peranan Exco DAP isu penutupan Pusat Giat MARA di Selangor? - pakdin.my

arahan tutup giatmara selayang

Mungkin ramai tidak tahu atau kenal Ean Yong Hian Wah,  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Seri Kembangan, Selangor.

Namun, mungkin ramai kenal atau masih ingat kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati ketika berada di pejabat SPRM Shah Alam untuk diambil keterangan dakwaan ada Exco dan Adun  pakatan rakyat salah guna peruntukan kerajaan negeri.

Yong antara tujuh Adun dan Exco disiasat SPRM dan mendiang Beng Hock ketika itu adalah pegawai khas kepada Yong yang juga Exco  Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor.

Yong jadi kritikan di laman sosial sejak petang Isnin

Kematian Beng Hock menimbulkan macam-macam spekulasi tambahan pula sebuah komputer riba milik Beng Hock dan komputer pejabat Yong dirampas SPRM Yong untuk siasatan.

Beng Hock yang jadi saksi SPRM ke pejabat suruhanjaya itu di Plaza Masalam, Shah Alam untuk memberi keterangan tetapi mayatnya ditemui di tingkat lima bangunan tersebut esoknya.

Kes itu kemudiannya terus jadi modal politik dan pemimpin-pemimpin utama DAP menuduh SPRM bertanggungjawab atas kematian Beng Hock.

Kesudahannya, siasatan kes dakwaan salah guna peruntukan senyap begitu sahaja manakala Yong kekal sebagai Exco kerajaan Selangor hingga sekarang.

Beliau kini memegang portfolio Pengerusi Tetap Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram.

Sekali imbas, tanggungjawabnya tidak banyak berkaitan dengan orang Melayu kerana ramai sedia maklum siapa yang tinggal di Kampung Baharu dan operasi kilang haram.

Dalam erti kata lain, beliau lebih banyak membantu kaumnya.

Pada Isnin, Yong jadi viral dalam blog dan facebook kerana beliau dikatakan bertanggungjawab dalam tindakan kerajaan Selangor menutup Pusat Giat MARA Selayang.

Walaupun surat mengarahkan pusat kemahiran itu berpindah selewat-lewatnya 10 Disember 2014 ditandatangani Pegawai Daerah dan Tanah Gombak Datuk Mohd Hisham Ahmad Dahlan tetapi ianya dikaitkan dengan Yong.

Berdasarkan beberapa laporan laman sosial, Yong sendiri hadir menyerahkan surat mengarahkan pusat giat MARA Selayang ditutup.

Hadir sama beberapa wakil Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dan pihak syarikat yang sudah diberikan hak kerajaan Selangor untuk memiliki tanah tapak pusat giat MARA itu.

Alasan penutupan itu kerana Pusat giat MARA berkenaan didirikan di tanah milik kerajaan tanpa kebenaran.

Lebih malang, selain diarah pindah, tiada sebarang ganti rugi dan pampasan akan diberikan.

Difahamkan juga, pusat giat MARA di Sabak Bernam juga diarahkan tutup manakala pusat sama di Kapar hanya menunggu masa.

Sebenarnya, kebanyakkan pusat giat MARA menduduki tanah kerajaan berstatus TOL atau Lesen Menduduki Sementara.

Ianya tidak pernah dipertikaikan kerana kewujudan pusat itu untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar miskin terutama di luar bandar meneruskan pembelajaran dalam bidang kemahiran jika tidak berjaya ke pusat pengajian tinggi.

MARA adalah badan khusus diketahui umum berfungsi meningkatkan taraf ekonomi Melayu dan Bumiputera menerusi pendidikan, pinjaman, perniagaan dan sebagainya.

Yong sempat tinjau Pusat Giat Mara Selayang yang diarah pindah

Justetu itu, apakah motif kerajaan pakatan rakyat Selangor khususnya Exco DAP beria-ia mahu pusat giat MARA dipindahkan atau ditutup?

Jelas ini satu penganiayaan kepada pelajar-pelajar Melayu di luar bandar untuk mendapat kemahiran hidup di pusat berkenaan.

Bahkan, tindakan kerajaan Selangor ini juga dilihat seolah-olah mahu MARA tidak berfungsi lagi membantu orang Melayu dan Bumiputera.

Ini berita buruk dan paling malang kepada rakyat Selangor.

Ianya turut membabitkan anak-anak Melayu yang bapa atau keluarga mereka telah menyokong DAP, PKR dan PAS pada dua pilihan raya umum yang lalu.

Apa nasib anak-anak Melayu yang perlu belajar kemahiran apabila Pusat Giat MARA ini ditutup kelak?

Selama ini, MARA tidak pernah membezakan politik dalam memberi manfaat kepada orang Melayu tetapi malangnya politik telah membutakan mata Adun-Adun Melayu dalam PKR dan PAS yang hanya berdiam sahaja apabila Melayu dan Islam terus jadi mainan DAP.

Bagi DAP pula, mereka pasti bangga ada pemimpin seperti Yong yang akan melaksanakan impian parti itu.

Sebab itulah DAP beria-ia mempolitikkan kematian Beng Hock bagi mengelak Yong dan beberapa pemimpin parti itu di Selangor tidak dikaitkan dengan SPRM.

UTAMAPOLITIKApa peranan Exco DAP isu penutupan Pusat Giat MARA di Selangor?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium