33 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 26, 2021

APANDI TUNTUT SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PULAU BATU PUTEH

Malaysia memfailkan permohonan semakan semula penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat berkata, permohonan tersebut sudah difailkan di ICJ, The Hague, Belanda pada Khamis.

“Permohonan itu, yang difailkan di ICJ telah dibuat oleh Malaysia berdasarkan penemuan beberapa fakta tertentu yang menjadikan faktor penentu.

“Ia sebenarnya, apabila penghakiman sebelum itu diberi, tidak diketahui oleh pihak mahkamah dan juga Malaysia sebagai pihak yang menuntut semakan.

“Kami juga yakin bahawa kehendak yang ditetapkan di bawah Artikel 61 Statut ICJ telah dipenuhi, antara lain, permohonan untuk semakan semula itu.


“Ia perlu dibawa dalam tempoh enam bulan daripada penemuan fakta baharu tersebut dan dalam 10 tahun daripada tarikh penghakiman,” katanya.

Beliau berkata permohonan Malaysia untuk mendapatkan semakan semula terhadap penghakiman itu adalah kesinambungan daripada proses yang dimulakan sejak 9 Mei 2003 oleh kedua-dua Malaysia dan Singapura.

Dua negara berjiran itu bersetuju untuk menyerahkan pertikaian berkaitan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) kepada ICJ (“Perjanjian Khas”).

Mohamed Apandi seterusnya berkata bahawa penemuan fakta baharu tersebut adalah penting dan perlu dibawa kepada mahkamah berkenaan.

“Oleh itu, seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak di dalam Perjanjian Khas, ICJ merupakan forum yang sesuai untuk membicarakan isu ini semula,” katanya.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh manakala Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) merupakan milik Malaysia.

Pulau Batu Puteh seluas dua padang bola sepak terletak di 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusuh, Kota Tinggi, Johor dan 25.5 batu nautika dari Tampines, timur Singapura.

20170203-rayuan-pulau-batu-putih-ag


Berita terdahulu:

KENYATAAN TERKINI PEGUAM NEGARA: ADAKAH MALAYSIA KEHILANGAN PULAU BATU PUTEH KEPADA SINGAPURA KERANA RASUAH?

Akhirnya. Membetulkan salah satu lagi yang dilakukan oleh seorang Peguam Negara yang lepas.

Fakta-fakta baru ditemui yang entah macamana Peguam Negara sebelum ini boleh terlepas pandang.

——–
ADAKAH MALAYSIA KEHILANGAN PULAU BATU PUTEH KEPADA SINGAPURA KERANA RASUAH ?


Nampaknya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, telah sengaja kalah dalam kes pertikaian wilayah di Pulau Batu Puteh kepada Singapura selepas didakwa menerima rasuah.

Baca seterusnya disini:
http://says.com/my/news/attorney-general-malaysia-receive-bribe-lost-pulau-batu-puteh-case

Pulau Batu Puteh pada asalnya dalam wilayah Kesultanan Johor yang diasaskan pada tahun 1528, dan kekal di bawah Kesultanan baru Johor di bawah pengaruh sfera British berikutan pemeteraian Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 antara United Kingdom dan Belanda .

Baca seterusnya disini:
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Pedra_Branca,_Singapore

Berita Berkaitan

Komen

  1. Melayu telah kehilangan sabuah wilayah atas kelemahan pemimpin melayu terdahulu. Melayu turut tertipu dan membenarkan imigran diberikan kerakyatan yg kini menimbulkan pelbagai gejala dinegara ini. Melayu wajar bangkit dan menguatkan diri demi mempertahan hak yg tertinggal dan ambil kembali apa yg telah terlepas biarpun mengambil masa yg panjang

  2. Melayu telah kehilangan sabuah wilayah atas kelemahan pemimpin melayu terdahulu. Melayu turut tertipu dan membenarkan imigran diberikan kerakyatan yg kini menimbulkan pelbagai gejala dinegara ini. Melayu wajar bangkit dan menguatkan diri demi mempertahan hak yg tertinggal dan ambil kembali apa yg telah terlepas biarpun mengambil masa yg panjang

  3. Melayu telah kehilangan sabuah wilayah atas kelemahan pemimpin melayu terdahulu. Melayu turut tertipu dan membenarkan imigran diberikan kerakyatan yg kini menimbulkan pelbagai gejala dinegara ini. Melayu wajar bangkit dan menguatkan diri demi mempertahan hak yg tertinggal dan ambil kembali apa yg telah terlepas biarpun mengambil masa yg panjang

  4. Melayu telah kehilangan sabuah wilayah atas kelemahan pemimpin melayu terdahulu. Melayu turut tertipu dan membenarkan imigran diberikan kerakyatan yg kini menimbulkan pelbagai gejala dinegara ini. Melayu wajar bangkit dan menguatkan diri demi mempertahan hak yg tertinggal dan ambil kembali apa yg telah terlepas biarpun mengambil masa yg panjang

  5. Melayu telah kehilangan sabuah wilayah atas kelemahan pemimpin melayu terdahulu. Melayu turut tertipu dan membenarkan imigran diberikan kerakyatan yg kini menimbulkan pelbagai gejala dinegara ini. Melayu wajar bangkit dan menguatkan diri demi mempertahan hak yg tertinggal dan ambil kembali apa yg telah terlepas biarpun mengambil masa yg panjang

  6. Melayu telah kehilangan sabuah wilayah atas kelemahan pemimpin melayu terdahulu. Melayu turut tertipu dan membenarkan imigran diberikan kerakyatan yg kini menimbulkan pelbagai gejala dinegara ini. Melayu wajar bangkit dan menguatkan diri demi mempertahan hak yg tertinggal dan ambil kembali apa yg telah terlepas biarpun mengambil masa yg panjang

  7. Melayu telah kehilangan sabuah wilayah atas kelemahan pemimpin melayu terdahulu. Melayu turut tertipu dan membenarkan imigran diberikan kerakyatan yg kini menimbulkan pelbagai gejala dinegara ini. Melayu wajar bangkit dan menguatkan diri demi mempertahan hak yg tertinggal dan ambil kembali apa yg telah terlepas biarpun mengambil masa yg panjang

  8. Melayu telah kehilangan sabuah wilayah atas kelemahan pemimpin melayu terdahulu. Melayu turut tertipu dan membenarkan imigran diberikan kerakyatan yg kini menimbulkan pelbagai gejala dinegara ini. Melayu wajar bangkit dan menguatkan diri demi mempertahan hak yg tertinggal dan ambil kembali apa yg telah terlepas biarpun mengambil masa yg panjang

  9. Alih cerita…supaya kes 1MDB dilupakan…bila kes 1MDB Singapore proceed sampai nampak Najib terlibat…mulalah keluarkan cerita ni…apa pasal dulu2 tak tentang sungguh2….tak nak plak jadi peguam mewakili Malaysia?

  10. Usaha tu bagus dah.tpi sy x mahu dngr rekaan isu bodoh2..jika nk tuntut btu putih.tuntut dulu dgn mat smbb dan ketua peguam yg hndle sblm ni.setiap kekalahan dan kmngn pasti ada sebb.jgn tuntut bee ngai cm tu..nanti ngra kena saman plk..tu blm lagi srh byr anggota/penjga pulau trsbut..by dollar singpore taw.sapa nak bayar tu bru satu..bnyk lah sbb kita loser dlm kes ini..afandi dlu kerja sbg apa ye time isu ini berlaku.nganga saja ..gila khinzir sungguh.mana bnthn seminggu slps keputusan.itu baru betul

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.