30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Asteroid ‘Spooky’ Lintasi Bumi Malam Ini

Asteroid Spooky

Malam esok, sebuah asteroid ‘Spooky’ bersaiz lebar antara 290 hingga 650 meter dijangka melintasi berhampiran Bumi pada jarak 1.3 kali jarak Bumi ke Bulan.

Asteroid Spooky dengan nama rasmi 2015 TB145, yang ditemukan ahli astronomi NASA daripada Program Objek Terdekat Bumi pada 10 Okt lepas, bergerak pada kelajuan 35km sesaat iaitu 29 kali lebih laju dari sebutir peluru.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata ia dijangka tidak akan berlanggar dengan Bumi sebaliknya hanya akan melintasi orbir Bulan pada jarak 48,000km dari Bumi.

“Pada kedudukan paling hampir dengan Bumi, ia akan mencapai tahap kecerahan sekitar 10 magnitud dan boleh dilihat menggunakan teleskop,” kata Angkasa dalam kenyataan di sini, malam ini.

Jika cuaca mengizinkan, Angkasa melalui Observatori Negara Langkawi (ONL) merancang melakukan pencerapan dan penyelidikan terhadap asteroid itu untuk berkongsi maklumat dengan badan-badan astronomi antarabangsa.

Untuk pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubungi ONL di talian 04-9668870 atau Planetarium Negara di talian 03-2273 4303.

Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang Angkasa di www.angkasa.gov.my atau laman media sosial Facebook dan Twitter Angkasa Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan fenomena-fenomena dan program Angkasa.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan