Azmin Ali angkat sumpah MB Selangor ke-15

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Wan Saiful ‘KOYAK’, hadkan komen pembaca di Facebook

Selepas Wan Saiful Wan Jan cuba ‘troll‘ Datuk Seri...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

wpid-azmin-angkat-sumpah-mb.jpg

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji berlangsung di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pada jam 10. 41 pagi.

Mohamed Azmin, 50, turut melafazkan ikrar “Aku Janji” merangkumi 10 perkara yang perlu beliau penuhi dan patuhi dalam tempoh memegang jawatan menteri besar.

Antara Aku Janji itu ialah memelihara dan menjunjung prinsip Rukun Negara, memastikan agama Islam tidak diganggu gugat, mempertahankan institusi raja, memastikan hak orang Melayu terpelihara, menjaga hak sah kaum lain serta mendahulukan rakyat.

Turut hadir, ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi; ADUN Selat Klang, Dr Halimah Ali; Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh; ADUN Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan ADUN Sabak, Sallehin Mukhyi.

Bagaimanapun, kebanyakan ADUN daripada DAP dan PKR tidak kelihatan dalam upacara istiadat berkenaan.

Kawalan keselamatan di Istana Alam Shah di sini juga lebih ketat berbanding sebelum ini dengan sesiapa yang tidak tersenarai sebagai jemputan atau petugas media yang tidak berdaftar dengan Istana Selangor tidak dibenarkan masuk ke kawasan istana berkenaan.

Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dilantik ke jawatan berkenaan selepas Sultan Selangor memberi perkenan memilih nama beliau daripada beberapa nama yang dihantar kepada Baginda, awal bulan lalu.

Krisis Menteri Besar Selangor berlarutan sejak awal tahun ini apabila PKR mengumumkan Langkah Kajang bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, berikutan keputusan mahkamah pada 7 Mac lalu yang mendapati Anwar bersalah dalam kes liwat 2, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengisi jawatan itu.

Namun, selepas hampir dua bulan PKR cuba ‘mendesak’ Sultan menerima Timbalan Presiden PKR itu sebagai Menteri Besar, semalam, Istana Selangor mengutuskan surat kepada Mohamed Azmin mengesahkan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Selesai istiadat mengangkat sumpah di sini, Mohamed Azmin dijadual mengadakan kenduri kesyukuran di kediaman ibunya di Kampung Klang Gate Baru, Kuala Lumpur bermula jam 12.30 tengah hari ini

BACA juga:

Leave a Reply