Azmin belum buat keputusan selepas dicabar Khalid

Berkaitan

Terkini

azmin-mak-lampir

Walaupun Tan Sri Khalid Ibrahim sudah umum bertanding Timbalan Presiden PKR, penyandangnya Mohamed Azmin Ali pula belum membuat keputusan mempertahankan jawatan itu atau sebaliknya.

“Semua individu dan semua anggota berhak bertanding dalam sebuah parti yang demokratik. Saya belum buat keputusan, saya mahu tumpukan hal Kajang,” tegas Pengerusi PKR Selangor itu.

Ketika diminta mengulas lanjut, Azmin menegaskan, keutamaannya kini adalah PRK DUN Kajang.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua ahli parti supaya memberi tumpuan kepada gerak kerja kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dan bukannya berkempen untuk pemilihan parti.

Kata Azmin, PRK Kajang bukan seperti PRK yang biasa kerana parti mempunyai misi dan matlamat yang jelas untuk menjayakan agenda Selangor iaitu memperkukuhkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

‘Dalam parti yang men

gamalkan demokrasi sesiapa pun boleh bertanding untuk apa pun jawatan.

“Tetapi saya ingin menegaskan fokus hari ini adalah memastikan PR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan bergaya di Kajang kerana PRK Kajang ini bukan PRK yang biasa,” katanya.

Khalid pada Jumaat lalu mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden atas kehendak rakan-rakannya sekaligus dilihat memuncakkan lagi pertembungan beliau dengan Azmin.

Leave a Reply