Bahaya urutan leher selepas gunting rambut, undang cedera saraf - pakdin.my

Urutan tengkuk pastinya mendatangkan kelegaan selepas menggunting rambut di kedai, terutamanya bagi pelanggan lelaki.

Selepas memotong dan merapikan rambut, tukang gunting biasanya menyediakan khidmat urutan di kepala dan leher sehingga berbunyi “letupan” bagi meregangkan saraf.

Namun amalan itu boleh mendatangkan risiko kecederaan saraf, malah boleh mengakibatkan kecacatan seumur hidup, menurut satu laman Facebook kesihatan.

Public Health Malaysia berkata tulang-tulang sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang.

Selain itu katanya, saluran darah di tengkuk juga boleh tercedera dan mengakibatkan strok.

“Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk,” catat pengendali laman Facebook itu.

Katanya berlaku insiden di India apabila seorang lelaki berusia 54 tahun mengalami kecederaan serius sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat selepas mengenakan urutan di kedai gunting rambut.

“Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal,” katanya.

UTAMAGAYA HIDUPBahaya urutan leher selepas gunting rambut, undang cedera saraf

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium