25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Banjir Lumpur Di Perkampungan Kaki Gunung Kinabalu

gempa-sabah-banjir-lumpur

Anggota bomba di Sabah berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas berlakunya banjir lumpur besar ekoran hujan lebat di perkampungan di kaki Gunung Kinabalu yang dilanda gempa bumi.

Kampung-kampung yang terlibat ialah Kg Mesilau, Kg Kiau, Kg Lobong-Lobong dan Kg Kaung.

Sebuah sekolah rendah, SK Kiau Toburi, juga dilanda banjir lumpur bermula pada pukul 3.30 petang Isnin, walaupun tahap kerosakan tidak dapat dipastikan.

gempa-sabah-banjir-lumpur 2

Beberapa keluarga telah berpindah keluar dari rumah masing-masing, manakala Pejabat Daerah Kota Belud dan Ranau telah menghantar pegawai mereka untuk mengambil tindakan yang perlu.

Ahli geologi Universiti Malaysia Sabah Profesor Dr Felix Tongkul berkata banjir lumpur berlaku kerana permukaan muka bumi yang longgar berikutan gempa bumi 5.9 magnitud pada 5 Jun.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.