Bantah Pelantikan Jawatankuasa Interim – DAP Kedah Hantar Surat Kepada ROS - pakdin.my

jawatankuasa-DAP-Kedah

Ketika DAP pusat terus dipertikaikan, krisis DAP Kedah pula terus memuncak.

Ahli dari 30 cawangan parti itu tampil menyatakan bantahan di atas pelantikan jawatankuasa Interim yang dipengerusikan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Menyifatkan pembentukan jawatankuasa Interim sebagai tidak mengikut perlembagaan jawatankuasa terdahulu tampil mempertahankan kedudukan mereka.

Pemimpin jawatankuasa yang dipilih menerusi pemilihan sah pada 2010 ini juga terus menzahirkan sokongan kepada Pengerusinya, Lee Guan Aik.

Justeru, ROS digesa untuk mempercepatkan proses penilaian terhadap kedudukan DAP Kedah membabitkan dua surat yang dihantar sebelum ini.

UTAMAPOLITIKBantah Pelantikan Jawatankuasa Interim - DAP Kedah Hantar Surat Kepada ROS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium