Bapa Tertembak Anak Sendiri Disangka Penyamun - pakdin.my

Chong Kuan Fatt

Seorang bapa tertembak anaknya sendiri ketika cuba menembak penyamun di Selangor.

Kejadian berlaku di Kampung Baru Balakong malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Chong Kuan Fatt, 51 tahun.

Kejadian berlaku apabila seorang pekerja Chong mengadu disamun kira-kira pukul 10 malam tadi.

Sebaik Chong mengejar suspek, bapanya yang terdengar bunyi bising di belakang rumah mereka menyangka anaknya itu adalah penyamun yang dicari.

Warga emas berusia 75 tahun itu kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

Tembakan mengenai kepala anaknya, menyebabkan Chong mati di tempat kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

UTAMABERITABapa Tertembak Anak Sendiri Disangka Penyamun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium