Bas Rempuh Lori Di Nilai, Dua Murid Parah - pakdin.my


++++++++

Di Nilai, Negeri Sembilan, dua murid sekolah rendah cedera parah apabila bas rombongan yang dinaiki mereka, dirempuh sebuah lori.

18 lagi murid dan 3 guru pengiring cedera ringan.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusoff Awang kejadian jam 8.30 pagi, berlaku berhampiran stesen komuter Batang Benar.

Ketika kejadian, 40 murid tahun tiga hingga enam Sekolah Kebangsaan Petaseh, Kuala Klawang, serta guru pengiring berada di dalam bas berkenaan.

Mereka dalam perjalanan ke Perak untuk lawatan sambil belajar selama sehari.

Tiba di lokasi kejadian, lori yang membawa muatan batu kerikil secara tiba-tiba keluar dari simpang dan merempuh bas berkenaan.

Rempuhan menyebabkan bas terbabas ke bahu kanan jalan, manakala lori terbalik.

Dua murid, Mohd. Zarid Farhan dan Mohd. Najmi Jumaat Ali, 11 tahun, yang cedera parah di bahagian kepala, menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Mereka dilaporkan stabil.

Pemandu lori yang cedera ringan ditahan polis untuk membantu siasatan.

UTAMABERITABas Rempuh Lori Di Nilai, Dua Murid Parah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium