Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong yang akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok atas tuduhan merogol, dinasihat supaya bercuti daripada tugasan rasmi beliau, bagi menghormati proses undang-undang.

- Advertisement -

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu termasuklah tidak mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat yang melibatkan proses membuat keputusan, sehingga perbicaraan kes selesai.

Sambil memberi jaminan proses perundangan ke atas Yong tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri, Ahmad Faizal berkata setakat ini tidak ada keperluan untuk melakukan sebarang rombakan drastik barisan Exco.

“Semua barisan Exco kerajaan negeri sedia ada mampu memikul tanggungjawab untuk menjalankan urusan pentadbiran secara bersama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed hari ini mengesahkan, Yong akan didakwa esok mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan.

Pada 8 Julai lalu, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis, mendakwa dirogol Yong di rumah majikannya itu di Meru.

Menjelas lanjut, Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri menghormati proses pendakwaan itu, memandangkan keluhuran undang-undang adalah prinsip asas dalam masyarakat negara ini, dan pada masa menghormati prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah, sehingga dibuktikan sebaliknya.

Tambahnya, prestasi Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, adalah memuaskan dan beliau memberi kerjasama baik kepada semua pihak dalam melaksanakan tanggungjawab.

Ahmad Faizal berkata beliau secara peribadi terkejut atas apa yang berlaku dan berharap keluarga Yong, khususnya isteri serta anak-anak akan bersabar, dalam melalui proses perundangan itu seterusnya keadilan ditegakkan kepada semua pihak yang terlibat.

Menteri Besar Perak itu juga menyeru semua penyokong Yong supaya bertenang dan menghormati proses undang-undang, dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merumitkan lagi keadaan.

“Pada masa sama, saya menyeru orang ramai turut menghormati proses perundangan, tanpa membuat sebarang spekulasi, dengan cuba mendahului tugas polis, pendakwa dan hakim dengan menjatuhkan hukuman di media sosial.

“Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, sewajarnya kita menaruh sepenuh keyakinan kepada institusi kehakiman negara, dalam menegakkan keadilan dan kebenaran,” katanya.
BERNAMA

Berita Berkaitan

Komen

......
Comments are closed.

Advertisment

Instagram

Terkini

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali. Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis...

Khalid patut diusir, Saifuddin pertahan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad keluar dewan dipertahankan wakil rakyat dari kerajaan. Ahli...

Vaksin Covid-19 tak mungkin siap tahun depan, kata pakar

Kemungkinan vaksin koronavirus siap 100 peratus pada tahun depan adalah tipis, kata pakar Perancis, memberi amaran tentang mengambil langkah penjarakan sosial secara serius. “Menghasilkan vaksin...

Nga Letak Jawatan Timbalan Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan meletak jawatan serta-merta bermula hari ini. Beliau berkata, ia sejajar prinsipnya hanya akan berkhidmat kepada kerajaan yang...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.