Bersih 5 tak penting, baik tolong orang kampung – Khalid Ibrahim

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata himpunan jalanan Bersih 5 anjuran Bersih 2.0 yang dirancang pada 19 November depan tidak perlu diadakan.

- Advertisement -

Bekas menteri besar Selangor itu berkata apa yang penting pada ketika ini ialah menyelesaikan masalah rakyat terutama dari sudut ekonomi.

“Sekarang tidak perlu lagi kita adakan perarakan jalanan kerana masalah rakyat ialah kemiskinan, jurang kaya dan miskin.

“Kalau Bersih dapat gunakan tenaga mereka untuk mencari kampung miskin dan gunakan kumpulan pakar mereka untuk membantu dan menghindarkan kemiskinan lebih baik,” katanya kepada pemberita di Garden Residance Cyberjaya, hari ini.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sebelum ini berkata himpunan Bersih 5 diadakan bagi menuntut reformasi institusi dalam negara dilakukan.

Malah, Bersih 2.0 turut mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri kerana terpalit dengan isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata pemimpin parti politik juga tidak perlu memfokuskan kepada isu himpunan jalanan sebaliknya mesti lebih berminat memperjuangkan kebajikan rakyat.

“Tidak lama lagi, kurang tempoh 2 tahun setengah, PRU akan diadakan. Jadi, jangan sibuk perkara itu tetapi perlu menunjukkan minat untuk memperjuangkan rakyat dan memberikan contoh bagaimana rakyat ditolong,” katanya.

Himpunan Bersih 5 turut dibantah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos yang mendakwa Bersih diresapi fahaman IS. Bagaimanapun, Maria menafikannya dan mengemukakan tuntutan saman terhadap Jamal.

 20161009-khalid-bersih5-tidak-penting

Berita Berkaitan

Komen

......
    • Bkn tu jer cik joran mohd jelas… bersih ada utk mgurgkn udg2 islam msia..atau mghupuskn islam… perjuagan bersih adalh tersembunyi… anda tau LGBT kn.. kesamaan melayu bumiputra dgn kaum lain.. hspuskn sistem beraja…keagamaan… wanita dan lelaki… byk agenda bersih yg diperjuangkn brtentangan dgn islam… anda kena tgk byk sudut utk melihatnya…

    • Amat Faham. Agenda depa:
      Neutralise Islam, secularise Muslims;
      Hapuskan hak2 Bumi yg termaktub didlm Perlembagaan Malaysia;
      Nyahkan sistem keSultanan dariBumi Malaysia.
      Olihitu, waraskah akal peserta Islam atau Melayu dlm kem dn aktiviti DAP?

  1. Patutlah ramai yg TSKI tolong dikg kg… atau cakap politik shj.
    Untuk Peserta BERSIH 5
    Bila tiba harinya masukkan garam segenggam atau lebih ke dalam poket seluar. Dan bila dah terdesak ambil segenggam baca ayat Ayatnya ialah:
    وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (38 : يس)
    Lemparkan kpd penyerang

  2. DAP bersih konun wang rakyat p.pinang telah songlap melalui kontrakor yg di lantik LGE utk kepenting peribadi brjuta ringgit atas projek terewong dasar laut n tambah tanah persisiran pantai sri pinang hingga habour weld semua utk cina atas nama BERSIH.

Advertisment

Instagram

Terkini

Umno-PAS Giat Bermesyuarat Membincang PRU15

Muafakat Nasional – iaitu kerjasama antara Umno dan PAS – ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke-15 dan kedudukan mereka...

Umno-PAS Giat Bermesyuarat Membincang PRU15

Muafakat Nasional – iaitu kerjasama antara Umno dan PAS – ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke-15 dan kedudukan mereka...

Ramai Tidak Setuju Pendaftaran PN, Kata Ku Li

Veteran UMNO berpendapat cadangan mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan parti politik yang sah akan mendapat tentangan ramai pemimpin Barisan Nasional (BN). Sambil berkata...

Undi Tidak Percaya Muhyiddin: Usul Mahathir Disenarai, Giliran 27

Usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri diterima Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Ia selepas usul persendirian daripada Tun Dr Mahathir...

Penumpang tren selamba jadikan seluar dalam sebagai topeng muka

SEORANG lelaki selamba menjadikan seluar dalam sebagai topeng muka bagi mencegah jangkitan Covid-19. Menurut laporan Dublin Live, ketika kejadian, lelaki berkenaan menaiki tren. Susulan amaran yang...

Perlekeh Hari Jumaat, Hari Makan Babi?

1. Setelah mana Menteri Agama mengumumkan Hari Jumaat sebagai Hari Jawi, reaksi sebahagian netizen Cina amat menghairankan. Mereka memerli langkah memartabatkan Jawi ini sebagai...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.