Bidas Mahathir: DAP putuskan tiada tindakan ke atas Liu, Armada PPBM boleh buat apa? - pakdin.my

… atau apa?
atau menteri akan lapor polis bahawa Ronnie Liu telah aibkan kehormatan dia juga seperti kes Papagomo?

Saya tengok satu minggu sudah lama berlalu.

Ketua DAP Sarawak sudah gelar menteri sebagai budak.

Ronnie Liu tak mahu minta maaf. Dia tambah lagi satu kenyataan membidas PM ke-7.

Dan petang ini, Ronnie pun telah dilepaskan tanpa sebarang tindakan oleh DAP.

Mula-mula nampak ganas. Sekarang Armada PPBM boleh buat apa?

………….
Bidas Mahathir: DAP putuskan tiada tindakan ke atas Liu

Jawatankuasa disiplin DAP hari ini menerima penjelasan Ronnie Liu mengenai artikelnya yang membidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi jawatankuasa itu, Chong Chieng Jen berkata Adun Sungai Pelek itu telah memberi maklum balas yang panjang lebar berhubung surat tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya.

“Kami telah meneliti penjelasannya dan jawatankuasa ini menerima penjelasannya,” katanya dalam satu kenyataan pada petang ini.

Pada catatan sama, Chong berkata jawatankuasa itu menasihatkan semua anggota DAP pada masa akan datang untuk tidak mengeluarkan kritikan terbuka terhadap rakan gabungan mereka tetapi sebaliknya menggunakan saluran dalaman untuk menyelesaikan perbezaan.

Bulan lalu, setiausaha penganjur DAP Anthony Loke merujuk Liu kepada jawatankuasa disiplin mengenai artikelnya yang diterbitkan dalam Malaysiakini berjudul Mahathir: The paper tiger.

BACA sini: Harimau Kertas: Tindakan Ronnie Liew mungkin arahan pimpinan utama DAP

Menyifatkannya sebagai pandangan peribadi dan tidak mencerminkan pendirian DAP, Loke, yang juga menteri pengangkutan, menegur Liu kerana membuat kenyataan “tidak bertanggungjawab” itu.

Katanya, tindakan Ronnie itu sangat serius dan juga sebagai sabotaj parti.

Liu dalam artikelnya membidas Dr Mahathir Mohamad dan berkata sekiranya pengerusi Bersatu itu cuba memecahkan PH – DAP, PKR, Amanah, Warisan dan Upko – masih boleh bergabung dan membentuk kerajaan baru – tanpa Bersatu. – Malaysiakini

UTAMAPOLITIKBidas Mahathir: DAP putuskan tiada tindakan ke atas Liu, Armada PPBM boleh...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium