Black 505 Langgar Akta Perhimpunan Aman - pakdin.my

black505bwkbudakkecik

Para peserta turut membawa kanak-kanak bagi menyertai perhimpunan ‘Black 505’ yang jelas bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2013 ketika tinjauan di Padang Merbok di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Mengikut Akta itu, seseorang itu melakukan kesalahan jika, bukan warganegara menyertai perhimpunan, menganjurkan perhimpunan di tempat larangan dan dalam jarak 50 meter dari had larangan, menyertai dan menganjurkan protes jalanan, seseorang bawah umur 21 tahun menganjurkan perhimpunan, kanak-kanak menyertai perhimpunan (bawah 15 tahun), merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan.

Menurut polis jika sabit kesalahan individu terbabit boleh dikenakan denda antara RM10,000 dan RM20,000.

UTAMABlack 505 Langgar Akta Perhimpunan Aman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium