Budak perempuan 12 tahun nyaris dirogol 3 rakan - pakdin.my

Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun nyaris dirogol rakannya di rumah bapa beliau di Kuala Ibai di sini Rabu lalu.

Seorang daripada tiga rakannya didakwa meraba tubuh dan menanggalkan pakaian mangsa di rumah bapanya yang mereka kunjungi sebelum dimasuki dengan memecahkan kunci jam 4.30 pagi, lapor Harian Metro yang memetik sumber.

“Suspek bertindak meraba dan menanggalkan pakaian mangsa serta cuba merogolnya di dalam bilik, namun kemudian beredar meninggalkan rumah,” kata sumber.

Kejadian berlaku ketika mangsa mahu masuk tidur, sejam selepas kanak-kanak tersebut bersama mereka memasuki rumah dan menonton televisyen. Tidak diketahui sama ada mangsa tinggal bersama atau berasingan dengan bapanya.

Aduan dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu jam 11 malam hari sama selepas mangsa memaklumkan kejadian tersebut kepada bapanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Razmi Mohd Gunnos mengesahkan penerimaan laporan. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Suspek bertindak meraba dan menanggalkan pakaian mangsa serta cuba merogolnya di dalam bilik, namun kemudian beredar meninggalkan rumah”

UTAMABERITABudak perempuan 12 tahun nyaris dirogol 3 rakan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium