Lima orang penumpang cedera dalam kejadian yang berlaku di dalam pesawat American Flight 982 milik American Airlines itu.
Ketika kejadian, pesawat yang membawa 74 orang penum­pang dan lima anak kapal tersebut dalam perjalanan dari Grenada ke Miami, Amerika Syarikat (AS).
American Airlines dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian, lampu tali pinggang keledar telah dinyalakan dan juruterbang langsung tidak menerima sebarang petunjuk kawasan berkenaan mengalami ribut.
“Sebelum ini kami pernah mengalami masalah seperti itu, tetapi tidaklah terlalu kuat.
“Seorang lelaki yang sedang tidur dan tidak mengenakan tali pinggang keledar tercampak dari tempat duduknya sehingga mengenai bahagian syiling pesawat,” kata seorang penumpang dikenali sebagai Hayden Redhead.
Bagaimanapun, semua mangsa hanya cedera ringan.