Tuesday - August 3, 2021 @ 11:44
BERITANASIONALCafe Rocket Tiada Permit, Mana Tindakan?

Cafe Rocket Tiada Permit, Mana Tindakan?

Satu lagi isu kepincangan kepimpinan kerajaan Selangor terbongkar – semuanya gara-gara kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim berkenaan kafe, ‘Rocket United Cafe’ di Petaling Jaya, Selangor.

Rupanya kafe ini dibuka tanpa sebarang permit perniagaan yang diluluskan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bagaimana sesebuah premis perniagaan boleh beroperasi tanpa sebarang permit?

Menurut Tunku Aziz, perkara ini telah dipersoalkan beberapa kali, namun perkara ini tidak diendahkan.

“ Sebagai contoh, salah satu dari pemimpin utama parti menubuhkan Cafe Roket di Petaling Jaya, dan ini dilakukan tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), apabila ada ahli lain mempersoalkan perkara ini, ia hanya ditolak ‘di bawah karpet’ dan tiada tindakan diambil.

“Walaupun orang mengatakan “oh, ini perkara kecilâ€, bagi saya, ia adalah isu asas yang penting kerana kamu telah melanggar undang-undang kamu sendiri,†katanya pada The Star baru-baru ini.

Ujar beliau, Pakatan Rakyat yang memimpin kerajaan Selangor serta sebahagian exco kerajaan negeri dari kalangan DAP tidak mengambil sebarang tindakan dan hanya mendiamkan diri apabila isu ini dipersoalkan.

Kafe ini telah beroperasi semenjak Oktober 2009 dan terletak di bawah pemantauan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Adakah kerana kafe ini terletak di Selangor dan Exco berkaitan pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah dari DAP, maka ia boleh dibiarkan beroperasi dengan sesuka hati?

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here