Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Global

All countries
232,360,218
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
All countries
207,251,469
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
All countries
4,758,748
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Calon Bebas P094 Hulu Selangor Guna Hummer Untuk Berkempen

Santhara menggunakan Hummer untuk bergerak semasa berkempen.
Santhara menggunakan Hummer untuk bergerak semasa berkempen.

PEMILIK salah sebuah universiti swasta terbesar negara, Datuk Seri Dr Edmund Santhara yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Hulu Selangor menarik perhatian ramai apabila beliau bergerak berkempen ke sana ke mari menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang jarang-jarang dilihat ramai di negara ini iaitu model Hummer.

Menurut Santhara, beliau terpaksa menggunakan kenderaan tahan lasakbuatan Amerika Syarikat itu kerana kawasan Hulu Selangor yang luas dan berbukit bukau.

Santhara, 42, adalah bekas Pengerusi MIC Tanjung Malim dan ketua pegawai eksekutif sebuah universiti swasta terkemuka Malaysia telah mengejutkan ramai pihak termasuk sahabat handainya dengan mendaftar sebagai calon Bebas.

Tidak ramai yang menyedari hakikat yang bekas usahawan pendidikan tinggi itu menyimpan minat dan hasrat yang mendalam sebagai ahli politik.

Ahad lalu (28 Apr), beliau telah menghadiri satu majlis makan malam bersama masyarakat kampung baru Cina Ulu Yam yang dihadiri oleh lebih kurang 1,300 orang dan berjanji sekiranya terpilih beliau akan memberi perhatian kepada permasalahan harian mereka.

“Saya sendiri berasal dari keluarga yang susah. Saya membesar di estet Sembrong di Kluang dan kedua-dua ibu-bapa saya adalah penoreh getah.

“Oleh itu saya memahami apa masalah yang dihadapi oleh orang susah dan masyarakat luar bandar,” ujarnya dalam ucapan pada majlis tersebut.

Berbekalkan pengalaman itu, Santhara berjanji akan membantu mereka yang memerlukan bantuan dan tidak akan membelakangkan mereka.

“Apabila saya membuat keputusan untuk bertanding di Hulu Selangor, ia adalah dengan kesedaran yang masyarakat di sini memerlukan bantuan daripada orang seperti saya.

“Ini kerana Hulu Selangor sentiasa mengingatkan saya tentang kampung halaman saya dahulu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Santhara turut berterus terang mengatakan yang beliau menyokong ketiga-tiga calon Pakatan Rakyat di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baharu.

Tetapi beliau menyeru para pengundi agar memberinya peluang untuk berkhidmat sebagai ahli parlimen mereka.

Santhara akan berhadapan dengan pertandingan empat penjuru Ahad ini.

Lain-lain calon untuk kerusi tersebut ialah penyandang kerusi, P. Kamalanathan (Barisan Nasional); Khalid Jaafar (PKR) dan seorang lagi calon Bebas, Radzali Mokhtar.

Berkaitan