Carian MH370 beralih 800km ke selatan lokasi asal - pakdin.my

MH370-objek-ditemui

Pencarian pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airline (MAS) penerbangan MH370 akan berubah ke kawasan sejauh kira-kira 800 kilometer (km) ke selatan lokasi pencarian sebelum ini berdasarkan analisis baharu laluan pesawat itu.

Pasukan penyiasat yang berusaha menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu dijangka meneroka kawasan berkeluasan 1,800km persegi di luar pesisir pantai barat bandar raya Perth.

Akhbar West Australian melaporkan operasi mencari di dasar laut itu akan disambung semula pada Ogos ini.

Akhbar itu yang memetik sumber Amerika Syarikat melaporkan, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) akan mengumumkan kedudukan tepat lokasi baharu itu.

“Sumber mendedahkan kapal peninjau Fugro Equator sudah beroperasi di zon tersebut dan akan disertai kapal China, Zhu Kezhen tidak lama lagi,” kata laporan itu.

Dua kapal betkenaan akan meninjau lokasi baharu itu yang memiliki kedalaman hingga 6,000 meter sebelum pencarian dasar aut dimulakan.

Sebelum ini, pencarian MH370 yang melibatkan operasi besar-besaran di udara dan laut gagal menemui serpihan pesawat itu.

MMH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Semalam (Jumaat), pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, fasa baru lokasi pencarian MH370 akan diumum dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

Bagaimanapun, lokasi pencarian baharu itu masih kekal di koridor selatan, kata beliau selepas menghadiri taklimat mengenai persiapan bagi perasmian klia2 yang dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa depan.

“Carian kita tidak pernah berhenti tetapi sebelum diumum fasa baru kawasan pencarian yang akan kita beri tumpuan bersama-sama China dan Australia, kita juga akan kenal pasti aset kita,” katanya kepada pemberita di Sepang.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata selepas itu, semua aset tambahan akan dihantar untuk membantu usaha pencarian di lokasi baru.

Hishammuddin menjelaskan aset tambahan dari China, Belanda serta syarikat swasta Petronas dan SapuraKencana sudah sedia untuk dihantar.

Antaranya ialah Kapal Zhu Kenzhen 872 dari China, Fugeo Equator (dari Belanda) dan Deftech Phoenix International (Petronas) dan Multi-beam Echo Sounder dan Sun Bottom prOflier (SapuraKencana).

Selain itu, Hishammuddin berkata jawatankuasa aset yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri akan bekerjasama dengan China dan Australia untuk mengenal pasti aset-aset itu benar-benar memenuhi keperluan.

UTAMABERITACarian MH370 beralih 800km ke selatan lokasi asal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium