24.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

CEO: Tak perlu dana tambahan, Malaysia Airlines penuhi semua sasaran Khazanah

malaysia airlines auckland MH132

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) tidak memerlukan dana tambahan daripada Khazanah Nasional Bhd susulan keyakinan syarikat itu untuk mencapai prestasi lebih baik dalam tempoh terdekat.

Keyakinan syarikat penerbangan nasional itu dipacu oleh tempahan memberangsangkan mulai November 2016 sehingga Mac 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif, Peter Bellew berkata MAB ketika ini beroperasi dengan faktor muatan sehingga 73% dan ia menyasarkan faktor muatan 80% bagi tempoh 18 bulan akan datang.

“Tempahan bagi November dan Disember dilihat sangat baik. Kami menjangkakan lebih ramai pelancong tiba ke dalam negara bagi Januari hingga Mac tahun depan.

“Tiada rancangan untuk memohon lebih banyak dana seperti yang dipersetujui sebelum ini dengan Khazanah.

“Kami memenuhi semua sasaran yang ditetapkan Khazanah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kerjasama 3 tahun MAB dengan kelab bola sepak Inggeris, Liverpool FC, untuk menjadi rakan syarikat penerbangan global rasmi kelab itu.

Beliau berkata pasaran China merupakan antara sektor paling sibuk MAB ketika ini dengan kilometer tempat duduk tersedia dijangka meningkat sekali ganda dalam tempoh 18 bulan daripada 6% ketika ini.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu juga akan membuat lebih banyak pengumuman dalam tempoh beberapa minggu lagi berkaitan laluan ke China.

MAB merancang untuk menyewakan 6 pesawat A380 miliknya kepada syarikat penerbangan global mulai tahun depan, daripada menjual aset itu seperti perancangan awal, selain menyediakan anak kapal, serta kejuruteraan, teknikal dan sokongan latihan.

Mengulas harga minyak, Bellew berkata MAB mengambil langkah lindung nilai harga minyak sehingga setahun bagi menangani kos operasi.

Sementara itu, beliau berkata kerjasama dengan Liverpool FC akan meningkatkan lagi kesedaran mengenai jenama MAB.

Kerjasama itu akan merangkumi paparan jenama di papan diod pancaran cahaya (LED) dan statik bagi setiap perlawanan pasukan itu di Anfield Stadium, laman web Liverpool FC dan peluang penjenamaan bersama.

Ketika ditanya mengenai harapan MAB bagi Bajet 2017, Bellew berkata kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peruntukan kepada Tourism Malaysia dan memperkenalkan lebih banyak insentif cukai kepada pihak yang membangunkan hotel dan kemudahan pelancongan lain.

Banyak kawasan di Malaysia mengalami kekurangan hotel serta kemudahan tempat tidur dan sarapan, restoran bertema pelancongan dan tempat tarikan, katanya.

Mengenai isu bayaran perkhidmatan penumpang, beliau berkata MAB bertemu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) beberapa minggu lepas berkenaan caj yang sama bagi perkhidmatan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Bellew, bersetuju dengan bayaran yang sama bagi perkhidmatan penumpang itu yakin keputusan Mavcom akan saksama dan munasabah bagi industri penerbangan.

Berita Berkaitan

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun...

FGV Catat Keuntungan RM20.55 Juta Suku Kedua Tahun Ini

FGV Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM20.55 juta pada suku kedua berakhir 30...

Prospek positif ekonomi pacu kenaikan ringgit

Prospek positif ekonomi Malaysia disokong langkah holistik kerajaan membendung penularan COVID-19 mencetuskan peningkatan nilai...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan