26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

DAP Kekal Dengan Persetujuan Pakatan Anwar Sebagai PM – Guan Eng

DAP kekal dengan persetujuan yang dibuat Pakatan Rakyat (PR) bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya umum.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PR sentiasa tetap dengan pendirian bahawa ketua pembangkang seharusnya menjadi calon perdana menteri.


“Setakat yang DAP tahu dan berdasarkan apa yang telah dipersetujui Pakatan, kita mengikut persetujuan dan pilihan untuk perdana menteri adalah Anwar.

“Kami berpegang dengan apa yang telah dipersetujui bersama-sama,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau mengalu-alukan saranan untuk beliau menjadi perdana menteri, Lim berkata:


“Beliau mempunyai kebebasan bersuara dan hak untuk mengatakannya.”

Hadi memberitahu pemberita selepas kongres parti itu pada hujung minggu yang beliau teruja untuk menjadi perdana menteri.


Sayap parti, Dewan Ulama dan Muslimat juga mengulangi permintaan mereka supaya Hadi memimpin negara.

Berita Berkaitan

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan