Datuk Seri Shafee Abdullah; Ketua Pasukan Pendakwa Rayuan Pembebasan Anwar Ibrahim - pakdin.my

ds-shafee-anwar

Peguam Kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dilantik oleh Peguam Negara sebagai pendakwa untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Datuk Muhammad Shafee memaklumkan panel tiga hakim mahkamah rayuan hari ini beliau telah dilantik untuk bertindak sebagai pendakwa dalam rayuan, secara “fiat” mengikut Seksyen 376(3) Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut Datuk Muhammad Shafee perlantikannya ditandatangani oleh Peguam Negara bertarikh 2 Julai dan beliau menerima surat itu pada 11 Julai lalu.

Rayuan itu dijadual untuk pendengaran hari ini dan esok tetapi Panel Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Ramly Ali menanggguhkannya dan menetapkan 1 Ogos untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh pendengaran.

Ia selepas Peguam Ram Karpal Singh memaklumkan mahkamah peguam utama pasukan pembelaan Karpal Singh sedang dirawat di hospital.

UTAMABERITADatuk Seri Shafee Abdullah; Ketua Pasukan Pendakwa Rayuan Pembebasan Anwar Ibrahim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium