DEIG: Mana Suara Tony Pua dan Rafizi, Kenapa Membisu #pakdin.my

deig-rafizi-tony

Ketika isu Darul Ehsan Investment Development (DEIG) heboh diperkatakan dengan ramai yang meragui akan penubuhannya, tidak pula kedengaran suara dua orang kuat Pakatan Rakyat iaitu Tony Pua dan Rafizi Ramli, yang sebelum ini begitu lantang mengasak 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mereka masih membisu dan sehingga kini tiada kenyataan yang jelas berhubung pendirian Pua dan Rafizi dalam isu tersebut.

Agak aneh bagi dua pemimpin utama pembangkang ini kerana mereka biasanya jarang berdiam diri apabila sesuatu isu menjadi panas, tetapi dalam kes ini, tidak dengar pula suara mereka.

Ketika ramai yang mempersoalkan mengenai ke mana lesapnya wang sebanyak RM7.5 bilion, Rafizi dan Pua memilih berdiam diri. Keadaan ini menjadikan sukar bagi rakyat Selangor untuk mengetahui pendirian mereka mengenai DEIG.

Berbanding 1MDB, Pua dan Rafizi melancarkan serangan bertalu-talu terhadap syarikat pelaburan negara itu. Meskipun mereka tahu soalan yang ditanya itu telah dijawab, namun Pua dan Rafizi memilih untuk mengitar semula jawapan. Malah mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Sedangkan jawapan terbabit juga boleh diperolehi dengan mudah dalam laman web syarikat itu.

Selain 1MDB, isu yang sering diperkatakan oleh kedua-duanya ialah mengenai dana politik yang diterima oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan meskipun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengesahkan bahawa ia bukan rasuah namun mereka masih belum berpuas hati.

Jika mahu jadi jaguh yang kononnya mahu memperjuangkan mengenai ketelusan, integriti dan akauntabiliti, mereka tidak harus membiarkan penubuhan DEIG yang penuh dengan persoalan begitu sahaja.

Ini kerana penubuhan DEIG membimbangkan banyak pihak, apatah lagi syarikat itu bebas daripada pemantauan dan tidak terikat untuk membentangkan laporan kewangan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) .

Kedua-dua, yang merupakan wakil rakyat di Petaling Jaya Utara dan Pandan mempunyai tanggungjawab kepada penduduk di Selangor untuk menjawab mengenai kekeliruan dan kebimbangan mengenai DEIG.

khalid ibrahim33(m)

Dalam sidang DUN minggu lalu, bekas Menteri Besar  Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri mewujudkan sebuah entiti pelaburan baru di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI).

Beliau DEIG akan menimbulkan lagi masalah urustadbir, termasuk ketidaktelusan dalam hal kewangan, memandangkan ia bebas dari diaudit.

 

Berkaitan