Di Indonesia tiada menteri buat kenyataan takutkan pelabur dan salahkan pemimpin terdahulu - pakdin.my

Semalam Presiden Joko Widodo melangkah setapak lagi – memulakan rundingan bagi pelaburan bernilai USD 40 bilion daripada Softbank Group Corp sebagai asas pembentukan ibu negara baru Indonesia di Kalimantan. [1]

Softbank bukan calang-calang. Syarikat ini memiliki aset sebesar USD280bilion dan merupakan pelabur aktif dalam sektor teknologi dunia dengan memiliki sebahagian saham Uber, Ali Baba, Tokopedia dan Yahoo Japan.

Apa rahsia Jokowi? Sesetengah orang mengatakan bahawa rahsia Jokowi adalah menghapuskan rasuah pada penggal pertama dan akhirnya membuka ruang untuknya menarik pelabur pada penggal keduanya hari ini. Lebih kurang macam PH lah kononnya

Salah. Indonesia pada zaman Jokowi masih lagi terpalit dengan rasuah. Kedudukan Indonesia dalam Transparency International (TI) hanya meningkat 2-3 anak tangga selepas Jokowi mengambil alih jawatan utama negara. Malahan pada saat Malaysia dianggap sebagai negara paling kleptokrat oleh PH pun, kedudukan negara kita sebenarnya 20 anak tangga lebih baik daripada Indonesia.

Rahsia sebenar Jokowi adalah kestabilan dan konsistensi dalam menguruskan negara. Kestabilan adalah matlamat politik Islam.

Jokowi memilih pembentukan kerajaan perpaduan (UG) walaupun mempunyai kemampuan untuk memerintah sendiri bersama parti sekutu. Perlantikan musuh politiknya sebagai Menteri Pertahanan – Prabowo Subianto adalah langkah besar dalam mententeramkan pergolakan politik Indonesia yang sedang dilanda rusuhan.

Dan bijaknya Jokowi ini adalah apabila beliau melantik sekutunya Hadi Tjahjanto sebagai Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) bagi mengelakkan potensi kudeta daripada Prabowo yang masih berpengaruh dalam tentera.

Akhirnya, kestabilan kerajaan tercapai kerana ruang pengkhianatan tertutup rapat.

Dan ya, bursa saham Indonesia kini adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara – dengan nilai sebesar RM2.2 trillion.

Kita? Susut nilai hampir RM400 bilion dalam masa 20 bulan.

Pembentukan UG, lantikan barisan menteri teknokrat, kurangnya perbalahan dalaman serta tiadanya menteri buat kenyataan tak ada otak adalah kunci kepada keyakinan pelabur untuk memasuki negara.

Pernah seorang kawan saya bagitahu dahulu ketika idea UG dikecam dalam dan luar

“Anta tengok nanti Mi. Hari ini semua orang hina TGHH. 10-15 tahun lagi kita semua akan menangis menyesali kebodohan diri sendiri”

Took us 12 years

—-
Oleh: Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Rujukan:

[1] https://pakdin.my/softbank-minat-labur-as40b-dalam-projek-ibu-negara-indonesia/

UTAMADUNIADi Indonesia tiada menteri buat kenyataan takutkan pelabur dan salahkan pemimpin terdahulu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium