Dong Zong sengaja menakut-nakutkan orang Cina – Ismail Sabri  - pakdin.my

Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong) sengaja membangkitkan emosi kaum Cina dalam isu pengajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Dong Zong menunjukkan agenda politik yang sempit apabila menggunakan isu itu untuk menakut-nakutkan orang Cina.

Katanya, mengaitkan tulisan  Jawi dengan Islam turut mewujudkan persepsi tidak tepat oleh kaum Cina terhadap kaum Melayu dan agama Islam.

Beliau berkata, ramai orang Cina sebenarnya tidak bersetuju dengan Dong Zong.

Katanya, tulisan Jawi juga tidak harus dijadikan isu kerana ia hanya seni tulisan yang menjadi asas kepada satu peradaban dan budaya.

“Sesiapa sahaja yang berminat boleh belajar tulisan Jawi dan belajar tulisan ini tidak bermakna memeluk agama Islam,” katanya dalam wawancara bersama Sinchew Daily.

Tegasnya, agama Islam diajar melalui kelas agama dan bukannya melalui pengajaran tulisan Jawi.

“Seni khat telah lama wujud di negara-negara Timur Tengah, tetapi bukan semua negara Arab adalah negara Islam.

“Terdapat ramai Kristian di Jordan dan mesir, tetapi mereka masih menerima pakai tulisan Jawi,” jelasnya.

Sementara, Ismail Sabri membidas Pakatan Harapan (PH) kerana gagal mentadbir negara dan menyebabkan rakyat berada dalam kesusahan.

“Pertama sekali, banyak janji dalam manifesto pilihan raya tidak dapat ditunaikan.

“Keadaan ini berlaku kerana mereka tidak pernah terfikir pada masa itu dapat menggulingkan Barisan Nasional (BN), oleh itu mereka memberikan pelbagai janji yang tidak dapat dikotakan,” katanya.

UTAMAPOLITIKDong Zong sengaja menakut-nakutkan orang Cina - Ismail Sabri 

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium