Dr Mahathir & Anwar Belum Dapat Sokongan Minimum 112 Ahli Parlimen – China Press - pakdin.my

(Suara TV) – Kedua-dua kem yang masing-masing menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri masih gagal mengumpul sokongan minimum 112 Ahli Parlimen.

Keadaan itu berlaku susulan perpecahan pendapat dalam UMNO selain Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang belum menyatakan pendirian.

112 merupakan “nombor keramat” yang diperlukan untuk sokongan secukupnya bagi menjadi Perdana Menteri.

“Yang boleh dipastikan sekarang adalah sudah terdapat Ahli Parlimen Bersatu, PAS dan UMNO yang menandatangani akuan berkanun menyokong Dr. Mahathir.

” Walau bagaimanapun, bilangan mereka belum mencukupi, iaitu masih kekurangan berbanding 112 orang yang diperlukan untuk mengambil alih kerajaan,” kata seorang sumber pro-Anwar kepada China Press.

Katanya, kedua-dua kem sedang berusaha mendapat sokongan wakil rakyat Borneo khususnya daripada GPS.

GPS bagaimanapun dilaporkan mungkin menyokong Dr. Mahathir selepas mempertimbangkan lawan utama mereka pada pilihan raya negeri akan datang adalah dari PKR dan DAP yang menyokong Anwar.

18 wakil rakyat daripada GPS setakat ini belum menandatangani akuan berkanun menyokong Dr. Mahathir.

Selain itu, 11 wakil rakyat UMNO dikhabarkan menyatakan “sokongan berkembar” iaitu menyokong Dr. Mahathir dan Anwar pada masa yang sama.

Empat Ahli Parlimen UMNO iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula belum menandatangani akuan berkanun menyokong Dr. Mahathir.

Sementara itu, persefahaman dijangka sukar dicapai dalam mesyuarat Pakatan Harapan pada Jumaat akan datang.

“Walaupun mungkin ada orang yang akan menekan Dr. Mahathir melepas jawatan PM pada bulan Mei, tetapi kebanyakan pemimpin berpendapat Dr. Mahathir harus menyerah jawatan kepada Anwar selepas sidang kemuncak APEC.

“Jika persefahaman gagal dicapai pada Jumaat, Anwar mungkin bertindak dengan meminta Ahli Parlimen untuk menandatangani akuan berkanun menyokong beliau menjadi PM,” kata sumber.

UTAMAPOLITIKDr Mahathir & Anwar Belum Dapat Sokongan Minimum 112 Ahli Parlimen –...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium