25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Dr Tony Tan Keng Yam Presiden Baru Singapura

Dr Tony Tan Keng Yam

SINGAPURA, 28 Ogos  — Bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Tony Tan Keng Yam menjadi presiden ketujuh republik ini, memenangi pertandingan empat penjuru itu dengan 7,269 undi atau perbezaan 0.34 peratus selepas kiraan semula undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Yam Ah Mee mengumumkan keputusan itu pada awal pagi Ahad selepas beliau membenarkan kiraan semula undi berikutan perbezaan jumlah undi antara dua calon utama adalah kurang 2 peratus daripada jumlah undi yang sah.

Keng Yam memperoleh 744,397 atau 35.19 peratus daripada jumlah undi yang sah manakala Dr Tan Cheng Bock mendapat 737,128 undi atau 34.85 peratus.

Tan Jee Say meraih 529,732 undi atau 25.04 peratus dan Tan Kin Lian mendapat 103,931 undi atau 4.91 peratus.

Ini merupakan kali pertama Singapura menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi jawatan presiden. Ia juga julung kalinya menyaksikan pertandingan dalam Pilihan Raya Presiden sejak 1993.

Presiden ialah ketua negara dan memegang jawatan itu bagi tempoh penggal enam tahun.

Berita Berkaitan

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di...

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...