Dua NGO Buat Laporan Polis Dakwa Anwar Hina Kaum India - pakdin.my

Presiden Gerakan Efisyensi India Malaysia (GEIM), B.Kalainavar (tiga, kiri) bersama ahli-ahli parti memegang kain rentang memprotes Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menghina kaum India dalam satu ceramahnya baru-baru ini. Parti itu telah membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Dang Wangi, hari ini.

Dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan perkataan lucah dan menghina kaum India dalam ceramahnya di Bagan Pinang, Negeri Sembilan semasa kempen pilihan raya kecil pada Oktober 2009.

Presiden Alternative Action Team (AAT) B. Kalai Vanan berkata rakaman dengan perkataan lucah itu tersiar dalam laman “YouTube” pada minggu lepas.

Presiden Kelab Perpaduan Insan Selangor M.Selventhiran turut serta bersama Kalai Vanan semasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

“Kita mahu tindakan tegas terhadap Anwar Ibrahim, dia bukan sahaja telah menghina, tetapi mengeluarkan kata-kata lucah terhadap kaum India di negara ini. Perkara ini sangat memalukan apabila seorang pemimpin bercakap demikian.

“Saya menyeru orang ramai agar turut sama membuat laporan polis sebagai tanda cintakan perpaduan negara,” kata Kalai Vanan ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu.

UTAMABERITADua NGO Buat Laporan Polis Dakwa Anwar Hina Kaum India

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium