Dua Rakan Lelaki Bersama Seorang Wanita Indonesia Maut Dalam Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang - pakdin.my


++++++

Pasukan Bomba dan Penyelamat memeriksa kereta Proton Perdana yang remuk selepas kemalangan yang mengkibatkan tiga maut dan seorang cedera parah di Jambatan Pulau Pinang.
Sadisafizan Said

BUTTERWORTH, — Seorang pemandu kereta bersama dua penumpangnya maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1.6 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, di sini pada 3.15 pagi Ahad.

Jurucakap polis berkata ketika kejadian kereta jenis Proton Perdana itu dinaiki empat orang termasuk dua wanita warga Indonesia.

Katanya pemandu kereta berkenaan Sadisafizan Said, 36, beralamat di Selayang Baru, Selangor dan penumpang hadapan Muslim Idwar, 38, beralamat di Batu 6, Kuala Lumpur meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Muslim Idwar

“Seorang lagi penumpang kereta berkenaan yang hanya dikenali sebagai Mai Linda, 18, iaitu wanita warga Indonesia meninggal dunia ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada 10.15 pagi ini.

“Manakala seorang lagi wanita, warga Indonesia yang dipercayai rakan kepada Mai Linda dan berusia lingkungan 20-an masih dirawat di ICU. Identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya kepada pemberita di sini.

Kereta yang dinaiki oleh Muslim Idwar, 38, dan Sadisafizan Said, 36, bersama dua wanita warga Indonesia menuju dari George Town ke Perai hilang kawalan dan terbabas sendiri sebelum melanggar tembok bahu Jambatan Pulau Pinang
UTAMABERITADua Rakan Lelaki Bersama Seorang Wanita Indonesia Maut Dalam Kemalangan Di Jambatan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium