27.2 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Empat maut nahas bas, kereta dekat Sungai Choh (video)

nahas-bas-kilang-sungai-choh--

 

 

HULU SELANGOR: Empat lelaki termasuk dua warga asing maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas kilang di Jalan Sungai Choh berhampiran Bukit Beruntung dekat sini malam ini.

Timbalan Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kereta Proton Waja yang dinaiki keempat-empat mangsa hilang kawalan setelah dirempuh bas tersebut dari arah belakang.

nahas-bas-kilang-sungai-choh-

Katanya, akibat kejadian itu, kereta dinaiki mangsa terperosok di bahagian bawah bas kilang ber­kenaan yang ketika kejadian tidak membawa penumpang.


“Dalam insiden itu, kereta yang dinaiki mangsa dikatakan cuba memintas bas kilang itu namun gagal.

“Bomba berusaha mengeluarkan salah satu mangsa yang tersepit di tempat duduk,” katanya kepada pemberita dekat sini.

Jelas beliau, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa berusia lingkungan 20-an iaitu seorang warga Bangladesh yang dikenali sebagai Liyas, Surya (Nepal) manakala warga tempatan yang terbunuh dikenali sebagai Alimin dan seorang lagi masih belum dikenal pasti.

nahas-bas-kilang-sungai-choh

“Pemandu bas pula didapati menghilangkan diri. Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...