33.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Empat rumah kayu terbiar di Sibu ranap terbakar, gadis pengsan

Gadis pengsan melihat kebakaran dibawa ketempat selamat oleh ahli keluarga

SIBU: Empat rumah kayu terbiar yang dibina lebih daripada setengah abad lalu dekat Lorong Belian di sini ranap dalam kejadian ke­bakaran pada jam 4.15 petang semalam. Tiada kecederaan dilapor­kan dalam kebakaran yang telah meranapkan deretan rumah yang telah ditinggalkan sejak 2007 itu.

Akan tetapi, kebakaran mengejut itu telah menyebab­kan seorang gadis pengsan berhampiran dengan tempat kejadian.


Ahli keluarga gadis itu telah membawanya ke tempat yang selamat sebelum menyedar­kannya.

Sejurus menerima panggilan kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah menghantar sepasukan anggota bomba ke tempat kejadian dan pasukan penye­lamat daripada Rescue 991 turut sama membantu.

Menurut seorang jiran yang tinggal berhampiran dengan rumah itu, api kemungkinan berpunca daripada aktiviti tiga budak lelaki yang beru­sia lima hingga lapan tahun yang telah pergi ke rumah berkenaan untuk bermain dengan api.


Kata jiran tersebut, dia ada ternampak budak-budak itu melarikan diri dari kawasan rumah yang terbakar itu.

Katanya sebelum ini dia ada memberi amaran kepada mereka untuk tidak memasuki kawasan rumah lama tersebut tetapi nasihatnya langsung tidak diendahkan.


Petang itu, Temenggung Vincent Lau dan Ahli Parli­men Sibu Wong Ho Leng turut pergi ke tempat kejadian untuk melihat keadaan semasa kebakaran itu.

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan