24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Felix cipta rekod, terjun dari stratosfera – 38.6 km dari bumi

LOS ANGELES – Penerjun ekstrem Austria, Felix Baumgartner mencipta rekod terjunan angkasa pertama dunia daripada stratosfera kemudian mendarat ke Bumi dengan selamat, kelmarin.

Baumgartner berjaya mendarat di kawasan gurun New Mexico, Amerika Syarikat (AS) selang beberapa minit selepas melompat keluar daripada kapsul tekanan udara berketinggian 38.6 kilometer (km) dari Bumi.

Terjunan Baumgartner dijangka berkelajuan 1,110 km sejam sebelum mengaktifkan payung terjunnya pada ketinggian 1.52 km dari atas tanah tenggara New Mexico.

Beliau mengambil masa lebih dua jam untuk naik ke ketinggian terjunan dan telah pun memecahkan satu rekod dunia sebelum melompat, iaitu rekod altitud paling tinggi untuk sebuah penerbangan belon membawa manusia.

Cubaan kali ini adalah yang kedua selepas beliau gagal minggu lalu akibat masalah angin.

Baumgartner telah berlatih selama lima tahun dan memegang banyak rekod termasuk terjunan dari Menara Berkembar Petronas.

Selain berjaya mencipta rekod terjunan angkasa, Baumgartner masih mempunyai empat impian rekod dunia lain termasuk menjadi manusia pertama terjun dari kapsul bagi memecahkan kelajuan bunyi dalam terjunan bebas.






Berita Berkaitan

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Anak Sultan Brunei, Putera Abdul Azim, meninggal dunia pada usia 38 tahun

BANDAR SERI BEGAWAN: Anak Sultan Brunei, Putera Haji Abdul Azim meninggal dunia pada usia...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,355PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan