Ganti Menteri Kewangan

Bagaimanakah pelabur asing akan yakin dengan ekonomi Malaysia jika Menteri Kewangan berkelakuan seperti kebudak-budakan dengan menyebarkan tuduhan-tuduhan liar

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa supaya merombak kepimpinan negara agar jawatan Menteri Kewangan diberikan kepada pemimpin yang berintegriti dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan ekonomi dan kewangan negara.

- Advertisement -

Gesaan itu dibuat oleh Dewan Pemuda Ikatan Malaysia susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) yang menyangkal tuduhan Lim Guan Eng bahawa bayaran balik GST telah dirompak oleh kerajaan terdahulu.

Dewan Pemuda Ikatan Malaysia memandang serius kenyataan Menteri Kewangan dan menyifatkan tuduhan liar sebegini tidak seharusnya dilakukan oleh seorang Menteri Kanan kerajaan, lebih-lebih lagi memegang portfolio Menteri Kewangan.

Ketuanya, Shahrir Adnan berkata, kenyataan yang tidak benar daripada Menteri Kewangan memberikan implikasi langsung terhadap ekonomi negara dan pelaburan asing ke dalam negara.

“Bagaimanakah pelabur asing akan yakin dengan ekonomi Malaysia jika Menteri Kewangan berkelakuan seperti kebudak-budakan dengan menyebarkan tuduhan-tuduhan liar sehingga orang luar tidak yakin dengan kepimpinan kerajaan hari ini?

“Di saat ringgit makin lemah dan pelabur asing saban hari keluar dari Malaysia, kenyataan tidak bertanggungjawab Menteri menyebabkan ekonomi negara makin parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Shahrir, menariknya, PAC turut melaporkan penangguhan pemindahan dana dari Akaun Hasil Disatukan ke Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST dibuat untuk menjaga kedudukan aliran wang tunai negara supaya tidak berada dalam keadaan defisit.

Jelasnya, Menteri Kewangan seharusnya peka tentang isu dan takrifan akaun serta sebab di sebalik penangguhan, bukan
memburukkan ekonomi Malaysia demi menyebarkan tuduhan berunsur jahat untuk memburukkan kerajaan terdahulu.

Beliau turut menyatakan bahawa Dewan Pemuda Ikatan Malaysia khuatir dengan keadaan ekonomi Malaysia ditadbir oleh Pakatan Harapan.

Ini selepas PAC turut mengumumkan bahawa kerajaan menggunakan dividen khas Petronas berjumlah RM 30 billion untuk tahun 2019.

“Jelas menunjukkan bahawa Petronas dijadikan tempat berpaut untuk menutup kelemahan pentadbiran ekonomi kerajaan Pakatan Harapan.

“Jangan jadikan Petronas seperti habis madu, sepah dibuang. Diharapkan aset negara ini juga tidak dijual kepada syarikat asing atau swasta, seperti penjualan syarikat-syarikat lain di bawah Khazanah dan perancangan penjualan Malaysian Airlines,” ujarnya. – MalaysiaGazette

https://pakdin.my/tag/gst

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Covid-19: Pesakit terakhir dibenarkan pulang hari ini, tutup terus pusat kuarantin

TERDAHULU, seperti yang dilaporkan media tempatan, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dijadikan kawasan pusat kuarantin...

Covid-19: Pesakit terakhir dibenarkan pulang hari ini, tutup terus pusat kuarantin

TERDAHULU, seperti yang dilaporkan media tempatan, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dijadikan kawasan pusat kuarantin...

Kes bunuh Kevin Morais, pakar patalogi dan lima lelaki dihukum mati

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap pakar patologi Kolonel Dr R. Kunaseegaran dan lima lelaki selepas didapati bersalah membunuh Timbalan...

Undersea Tunnel Project: Lim Guan Eng To Give Statement To MACC

Members of the press have been camped out since early morning at the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) state headquarters amid speculation that a former...

35,000 pemandu bas sekolah diberi bantuan khas RM600 setiap orang – Wee Ka Siong

Seramai 35,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara akan menerima bantuan khas berjumlah RM600 setiap seorang, demikian diumumkan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong hari...

Najib Saran UMNO Ambil Balik Parlimen Mersing Dari Abdul Latiff

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad tiada keperluan untuk membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku biarpun sudah melompat parti, kata Datuk Seri Najib...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.