25.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Golongan Muda Diajak Tolak Ideologi Pembangkang Yang Pertikai Perlembagaan Negara

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad mengajak golongan muda di negara ini menolak ideologi baru bawaan pakatan pembangkang, khususnya berkaitan keberanian mempertikaikan perkara yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Menyifatkan perbuatan tersebut sebagai cuba “menjahanamkan negara”, beliau berkata tindakan mempertikaikan apa yang dilakukan kerajaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan, yang didakwa tidak adil kepada rakyat oleh pembangkang, merupakan satu tohmahan yang sengaja diputar belit untuk mengelirukan rakyat.

“Mereka telah membawa ideologi baru dengan mempersoalkan banyak perkara yang telah kita terima selama ini, persoalkan sebahagian besar peruntukan dalam Perlembagaan Negara dengan menyatakan bahawa BN tidak berlaku adil kepada semua kaum dalam negara.

“Itu semua tohmahan. Sebab itu saya nak mengajak anda semua untuk menentang mereka ini yang merupakan puak-puak yang hendak menjahanamkan negara,” katanya ketika berucap melancarkan program ‘BN Pilihan Orang Muda’ peringkat Wilayah Persekutuan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini Ahad.

Muhyiddin berkata kecenderungan pembangkang memutarbelitkan fakta seperti isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menuntut supaya kebebasan diberikan kepada kumpulan biseksual dan transgender tidak harus dibiarkan kerana tuntutan sedemikian akan memberi masalah kepada rakyat dan negara.

Katanya hasil putar belit dalam isu PTPTN, pakatan pembangkang berjaya mempengaruhi generasi muda dan mahasiswa untuk turun berhimpun dan berkhemah di Dataran Merdeka sedangkan pada hakikatnya mereka diperdaya.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, berkata golongan muda terutamanya Pemuda BN perlu tampil menjadi benteng bagi mempertahankan negara daripada menjadi bahan tohmahan pihak berkenaan yang semakin lantang kebelakangan ini.

“Dalam isu PTPTN di mana anak-anak muda diajak untuk pergi berhimpun di Dataran Merdeka. Saya ikuti perkembangannya sudah beberapa hari tetapi tidak ada orang sambut pun, malu muka mereka kerana ditipu oleh pihak pembangkang.

“Jadi, kalau mereka nak membawa budaya songsang dan putar belit ini, maka Pemuda BN harus tentang mereka habis-habisan dan jangan biarkan mereka ini meruntuhkan sistem hidup yang telah kita bina dan bangunkan di Malaysia selama ini,” katanya.

Mengenai sokongan terhadap BN di Wilayah Persekutuan, Muhyiddin berkata tahap sokongan dan penerimaan masyarakat terhadap BN telah meningkat berbanding pada pilihan raya umum tahun 2008 hasil transformasi yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno, Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri.

Katanya pelancaran program ‘BN Pilihan Orang Muda’ itu juga membuktikan bahawa Pemuda BN telah bersedia mengambil peranan menyedarkan penduduk Wilayah Persekutuan yang tidak menyokong BN pada 2008 supaya menjadikan parti itu sebagai pilihan pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata Wilayah Persekutuan, sebagai pintu dan tingkap kepada negara, berada dalam situasi yang agak istimewa berbanding negeri lain dan berdasarkan semangat yang ditunjukkan Pemuda dan jentera parti, beliau yakin BN akan kembali menguasai kerusi di wilayah itu.

“Kalau sekarang ini saya lihat semangatnya memang berkobar-kobar, jadi tak payah kita tanya bila pilihan raya, hari ini pun boleh, besok boleh, sebulan dan setahun lagi pun boleh… yang penting semangat yang ada harus dipertahankan sehingga sampai masa yang difikirkan sesuai untuk pilihan raya diadakan,” katanya.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...