Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 29, 2021 01:39 1:39 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 29, 2021 01:39 1:39 am
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 29, 2021 01:39 1:39 am
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,242,532
Confirmed
Updated on October 29, 2021 01:39 1:39 am
Indonesia
4,086,759
Recovered
Updated on October 29, 2021 01:39 1:39 am
Indonesia
143,333
Deaths
Updated on October 29, 2021 01:39 1:39 am

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 29, 2021 01:39 1:39 am
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 29, 2021 01:39 1:39 am
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 29, 2021 01:39 1:39 am

Global

All countries
246,031,230
Confirmed
Updated on October 29, 2021 01:39 1:39 am
All countries
221,215,068
Recovered
Updated on October 29, 2021 01:39 1:39 am
All countries
4,992,387
Deaths
Updated on October 29, 2021 01:39 1:39 am

Guan Eng jangan buat kenyataan ‘merapu’

lim guan eng-pas jahat

Pas memberi amaran keras kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya menutup mulut dan berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang ‘merapu’.

Amaran yang disuarakan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah itu adalah susulan daripada kenyataan terbaharu Guan Eng yang mahu DAP terus berada di Selangor bagi memastikan Pas tidak buat jahat di negeri itu seperti mana yang didakwa berlaku di negeri ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, Pas juga akan kekal dalam kerajaan Sela­ngor bagi memastikan DAP tidak berterusan membuat hal di negeri tersebut.

“Kita juga akan kekal jaga Selangor untuk menghalang DAP buat jahat, kita juga takut apabila DAP dalam kerajaan Selangor.

“Saya juga hendak beritahu dia (Guan Eng) supaya duduk diam-diam, kalau cakap merapu, ba­nyak kenyataan dia buat merapu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng dalam sebuah portal propembangkang hari ini yang mahu DAP terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan Pas ‘tidak buat jahat’ di negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilaporkan berkata, DAP perlu berada dalam Kerajaan PKR Selangor bagi menghalang Pas melaksanakan ‘dasar yang tidak baik’ kepada rakyat negeri itu.

Pada masa sama, Guan Eng juga mendakwa Pas kini telah berpihak kepada UMNO dan menganggap mengundi Pas sama seperti me­ngundi UMNO selain menuduh parti Islam itu sudah berubah apabila menjalinkan kerjasama de­ngan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Sementara itu, Mohd. Amar meminta Guan Eng mengemukakan bukti berhubung dakwaannya bahawa Pas berpihak kepada UMNO.

Tegasnya, dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sama sekali tidak berasas dan pemimpin DAP itu perlu berhenti daripada mengeluarkan kenyataan tidak benar.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa yang berterusan mengkritik kerajaan negeri dan Pas, Mohd. Amar berkata, pihaknya telah menghantar laporan kepada kepemimpinan Pas untuk tindakan lanjut.

“Kita sudah hantar laporan, parti akan memutuskan sama ada mengambil tindakan terhadap bekas Naib Presiden Pas itu,” katanya.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021