Hadis – Penggantungan dua ADUN tidak demokrasi – Noh

Datuk Seri Noh Omar dua kiri bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Selangor dan ADUN Barisan Nasional di Bangunan Umno Selangor — Foto Bernama.

Datuk Seri Noh Omar dua kiri bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Selangor dan ADUN Barisan Nasional di Bangunan Umno Selangor

KUALA LUMPUR 14 Julai — Penggantungan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor Barisan Nasional daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam disifatkan sebagai tidak berdemokrasi sebaliknya mengamalkan dwistandard dalam semua perkara.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan itu menunjukkan pihak pembangkang sudah tidak mementingkan keadilan kerana bagi mereka setiap perkara yang memihak kepada mereka adalah benar dan jika sebaliknya ia akan ditentang.

“Ketua pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman dan Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) yang digantung menunjukkan bahawa kebebasan bersuara di Selangor boleh saya katakan sudah tidak ada.

“Inilah demokrasi yang dibuat oleh pakatan pembangkang. Sebelum mereka berkuasa, kata demokrasi, hak kebebasan tetapi bila berkuasa di mana hak demokrasi kalau wakil rakyat tidak boleh bersuara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdagangan Antarabangsa Makanan dan Minuman (MIFB) ke-12 di sini malam tadi.

Mengulas lanjut mengenai tindakan berkenaan, Noh berkata bukan sahaja suara demokrasi tidak ada, bahkan kebebasan akhbar juga turut tidak diamalkan apabila menghalang akhbar daripada membuat liputan.

“Dulu sebelum mereka memerintah, mereka mahu menyuarakan kebebasan akhbar tapi apabila sudah memerintah ada negeri-negeri yang mereka memerintah, ada surat khabar tertentu yang tidak dibenarkan masuk,” katanya.

Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.