Harga Ikan Dan Sayur Turun Di Pasar Besar Ipoh – 1pengguna.com - pakdin.my

price-watch
1pengguna.com

Harga beberapa jenis sayur dan ikan di Pasar Besar Ipoh turun selepas musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Tinjauan Bernama mendapati harga daun bawang turun kepada RM2 sekilogram berbanding RM3 sekilogram sementara cili merah kini RM7 sekilogram berbanding RM12 sebelum ini dan kubis yang sebelum ini RM2 sekilogram juga turun kepada RM1.50 hari ini.

Beberapa jenis ikan juga turun harga contohnya ikan pelata yang sebelum ini RM12 sekilogram turun kepada RM10, manakala ikan bawal sebelum ini RM24 sekilogram turun kepada RM20 sementara harga ikan kembong, selayang, kerisi dan tongkol dijual pada harga biasa.

Seorang peniaga sayur Noraisyah Alawahi, 51, berkata harga sayur kini dilihat turun berbanding pada musim perayaan Tahun Baharu Cina berikutan bekalan kurang pada ketika itu.

“Pada musim perayaan permintaan memang melebihi bekalan dan ketika itu lebih banyak pelanggan kaum Melayu berbanding Cina yang datang ke pasar ini,” katanya.

Seorang lagi peniaga ikan yang mahu dikenali sebagai Ganesan, 40-an, berkata setakat ini beliau tidak menerima rungutan daripada pembeli berhubung harga ikan yang dijual agak tinggi sebelum ini.

“Harga ikan sekarang ini memang turun berbanding pada musim Tahun Baharu Cina. Ramai pelanggan yang datang lebih-lebih lagi harga ikan kini telah turun,” katanya.

Seorang pelanggan Mazlan Mohd Din, 64, mengakui harga sayur dan ikan di pasar ini lebih murah berbanding dua minggu lepas.

“Saya ke pasar ini lebih kurang empat atau lima hari sekali. Saya dapati terdapat juga harga ikan seperti biasa namun kebanyakan di sini harga ikan telah turun berbanding semasa Tahun Baharu Cina,” katanya.

Suri rumah Maznah Hamid, 52, berharap harga sayur dan ikan sekarang kekal walaupun pada musim perayaan yang lain apabila keperluan akan meningkat.

UTAMAHarga Ikan Dan Sayur Turun Di Pasar Besar Ipoh - 1pengguna.com

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium