Harga minyak mentah melonjak hampir enam peratus berikutan kenyataan yang dikeluarkan menteri tenaga Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang memberi harapan ke arah mencapai pelarasan dalam pengurangan pengeluaran.
Walau bagaimanapun penganalisis melihat keadaan itu kemungkinan tidak kekal lama dengan lebihan bekalan dijangka berterusan.
Minyak mentah Brent yang menjadi rujukan Asia dan Eropah diniagakan pada AS$31.15 (RM129.63) setong setelah meningkat sekitar AS$1 (RM4.16).
West Texas Intermediate yang menjadi piawaian Amerika Syarikat (AS) juga mencatat peningkatan AS$1 kepada AS$27.10 (RM112.78) setong selepas mencatat paras terendah, AS$26.21 (RM109.08) setong, sejak 2003 pada sesi sebelum itu.
Menteri Tenaga Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Suhail Mohammed al-Mazrouei berkata, OPEC bersedia untuk berbincang dengan pengeksport lain mengenai pengurangan pengeluaran.
Di sebalik harga Brent dan WTI yang tinggi, penganalisis menyaksikan peluang yang kecil bagi OPC dan bukan OPEC untuk mencapai persetujuan dalam beberapa dasar dan harga yang rendah akibat lebihan bekalan akan berterusan.
Menurut Bank ANZ, kenyataan menteri berkenaan hanya memberi kesan yang sedikit dan kemungkinan tindak balas terhadap bekalan yang diselaraskan amat rendah.
Sementara itu, Bank Pelaburan Jefferies menjangkakan ketidaktentuan dalam harga minyak mentah tetap akan berterusan dan pasaran minyak akan mula menunjukkan keseimbangan semula pada separuh kedua tahun ini.
Harga minyak mentah menurun lebih 70 peratus sejak pertengahan 2014 selepas pengeluar menambah satu hingga dua juta tong minyak mentah setiap hari ketika berlakunya lebihan permintaan serta kelembapan ekonomi global dan China.
Bang @KamaluddinIdrus naik harga minyak ujung bulan, harga barang keperluan pun ikut naik… bila turun harga brg tak pula ikut turun….
Latipah Khamis liked this on Facebook.
Amrullah Bin Abdul Hamid liked this on Facebook.
Iess Ahmad liked this on Facebook.
Harga minyak mentah melonjak 6% kepada AS$31.15 setong https://t.co/ICf6zxnGUk
Harga minyak mentah melonjak 6% kepada AS$31.15 setong: Harga minyak mentah melonjak hampir enam peratus berik… https://t.co/dA6zkDNj6x
Mohamad Saifullah liked this on Facebook.
Mariani Kaybakar liked this on Facebook.
Ayahanda Abgkembar Sp liked this on Facebook.
Harga minyak mentah melonjak 6% kepada AS$31.15 setong: Harga minyak mentah melonjak hampir enam peratus berik… https://t.co/aCZ6BfimfX
Ahmad L Yusof liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Ahmad Arifin liked this on Facebook.
Man Sor Z liked this on Facebook.
Dato Izaham Kasim liked this on Facebook.
Noor Hiakmah liked this on Facebook.
Ahmad Kamal Nizam Abdullah liked this on Facebook.
Laili Hussin liked this on Facebook.
Hoxy Real liked this on Facebook.
Hamid Bakri liked this on Facebook.
Ejoy Saad liked this on Facebook.
Safrimeen Chot liked this on Facebook.
Marzuki Borak liked this on Facebook.