HIMPUNAN SOKONG SAMAN BAR COUNCIL - pakdin.my

bantah majlis peguam(AAKJ) KUALA LUMPUR OPS sapu Bar Council oleh Kelab Warisan Malaysia (KERIS)bersama 13 Pertubuhan Bukan Kerajaan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini menghanggatkan suasana perhimpunan secara aman ,kehanggatan ini berlaku apabila pintu masuk Kompleks Mahkamah di gegar oleh pendemo setelah pintu pagar masuk ke kompleks Mahkamah dirantai oleh PDRM.

Laungan “kami tidak boleh masuk tapi PKR boleh pula” mula kedengaran ,setelah berulang kali berunding dengan anggota PDRM yang berkawal tetapi kebenaran untuk masuk kepekarangan Kompleks Mahkamah tidak juga memihak kepada peserta OPS Sapu Bar Council.

Suasana menjadi tenang seketika bagi menunggu keputusan rundingan dengan pihak berkuasa,setelah keputusan tidak menyebelahi peserta OPS Sapu ,suasana dipintu masuk Kopleks Mahkamah sekali lagi dikerumuni,kali ini suasana mula tegang apabila pintu pagar mula digegar dengan kuat .

bantah majlis peguam2Kelihatan Pihak polis cemas seketika apabila peserta OPS Sapu Bar Council mula menyuarakan ketidakpuasan terhadap pihak berkuasa dengan Suara Yang lebih keras.

Setelah berunding selama sejam kelihatan saudara Mohd Khairul Azam Abdul Aziz keluar dari bangunanan Mahkamah dan bertemu dengan peserta OPS Sapu Bar Council,disini kelihatan Saudara Mohd Khairul Azam sebak dan tidak berkata apa-apa melainkan berpelukan dengan sebahagian peserta.

Sementara itu kedengaran suara melaungkan “Azam Kamu tidak keseorang melawan Bar Council,kami semua datang menyokong kamu” ada juga suara melaungkan Azam hero kami”

Jeritan-jeritan seperti bersihkan Bar Council jelas kedengaran semasa himpunan OPS Sapu Bar Council.

Kali ini yang pastinya Bar Council tidak akan dapat tidur malam biarpun tindakkan menyamannya dianggap seperti Nyamok gigit gajah.Namun begitu virus dibawa oleh nyamok mampu melumpuhkan manusia,percayalah ia akan berlaku pada Bar Council

Himpunan aman bagi menyokong tindakan Saudara Mohd Khairul Azam yang menyaman Bar Council akan diadakan setiapkali kes tersebut dibicarakan biarpun 10 atau 20 tahun.

Setelah 15 minit Saudara Mohd Khairul Azam berada bersama peserta himpunan OPS Sapu Bar Coucil yang juga penyokongnya, pihak PDRM kelihatan mula membenarkan 10 wakil dari peserta OPS Sapu Bar Council masuk ke Kompleks Mahkamah bagi menyerahkan Memorandum Bantahan terhadap tindak tanduk Bar Council selama ini.

Untuk pengetahuan ,himpunan OPS Sapu Bar Council di sertai oleh semua kaum ,dan untuk pengetahaun juga Kaum cina turut kelihat berada di tapak parking kereta pada seawal Jam 7:30 pagi,hal ini disaksikan sendiri oleh penulis.

Kepada sahabat-sahabat yang turut bertungkus lumus dalam menjayakan Himpunan OPS Sapu Bar Council yang telah berjaya diadakan pada hari ini.diharap dapat melipat ganda lagi hebahan terutama melalui Media Baru ,seperti FB,Blog dan lain-lain laman sosial.

Sediakan satu banner kempen untuk rakan-rakan blogger pasangkan pada Blog dan FB mereka,penulis menyuarakan ini berikutan runggutan beberapa pengandali blog yang sedia membantu promote gerakan OPS Sapu Bar Cauncil.

Himpunan hari ini adalah lambang kejayaan masa depan …..

UTAMABERITAHIMPUNAN SOKONG SAMAN BAR COUNCIL

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium